Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria bersara wajib hari ini setelah berkhidmat selama 25 tahun dalam badan kehakiman negara.
Sempena persaraannya itu, Arifin berkata beliau telah melaksanakan empat janji yang dibuatnya semasa dilantik sebagai Ketua Hakim Negara Ke-13 pada 12 Sept 2011.
Empat janji itu adalah menjadikan mediasi sebagai komponen teras dalam sistem kehakiman, latihan perundangan berterusan kepada hakim dan pegawai kehakiman, Kaedah-kaedah Mahkamah Digabungkan yang memudahkan prosedur sivil di mahkamah serta menaikkan bidang kuasa Mahkamah Sivil.
"Saya bersyukur kerana badan kehakiman telah meningkatkan prestasinya. Saya percaya badan kehakiman dapat meningkatkan lagi prestasinya di bawah pimpinan pengganti saya," katanya semasa berucap pada majlis persaraannya di Istana Kehakiman di sini.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana memberinya penghormatan untuk menerajui badan kehakiman lebih lima tahun.
Arifin kemudian beramah mesra dan bersalaman dengan kakitangan kehakiman serta anggota polis lelaki dan wanita.
Beliau juga dilihat mengalirkan air mata semasa memeluk Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Shariff sebelum meninggalkan bangunan Istana Kehakiman.
Tahun lepas, perkhidmatan Arifin, yang akan mencecah usia 67 tahun pada 1 Okt ini, dilanjutkan selama enam bulan.
Usia persaraan bagi hakim ialah 66 tahun.
Arifin, yang berasal dari Kelantan, mendirikan rumahtangga dengan Toh Puan Robiah Abd Kadir dan dikurniakan lima cahaya mata.
Arifin menyertai perkhidmatan awam sebagai pegawai undang-undang di Jabatan Perdana Menteri kira-kira 42 tahun lepas sebelum menjadi Majistret pada 1976.
Beliau merupakan Penasihat Undang-undang Negeri Perak pada 1988 sebelum menjadi Pesuruhjaya Kehakiman pada 1992 dan Hakim Mahkamah Tinggi pada 1994.
Beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pada 2002, Hakim Mahkamah Persekutuan pada 2005 dan Hakim Besar Malaya pada 2008.
Pada 12 Sept 2011, beliau dilantik sebagai Ketua Hakim Negara bagi menggantikan Tun Zaki Azmi.
Menurut sumber-sumber, Md Raus, 66, bakal menggantikan Arifin berikutan kedudukannya dalam senarai kekananan badan kehakiman.
Mengikut hieraki, beliau adalah Hakim Mahkamah Persekutuan yang paling kanan diikuti Zulkefli dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum. -- Bernama
Bernama
Fri Mar 31 2017
SEDIH ... Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria (kanan) terlalu hiba ketika meninggalkan Istana Kehakiman pada hari akhir perkhidmatan beliau hari ini. - Foto Bernama
Lyon bantu PSG sahkan gelaran Ligue 1
Paris Saint-Germain (PSG) dinobatkan sebagai juara Ligue 1 selepas Lyon mengatasi Monaco 3-2.
KazanForum-2024: Pakar dari Rusia dan negara Islam disatukan berbincang trend kandungan media
Forum Ekonomi Antarabangsa XV "Russia - Dunia Islam: KazanForum" akan diadakan pada 14-19 Mei 2024 bertempat di Republik Tatarstan, Kazan.
Principal Malaysia: Where you diversify your investment
Considering planting the seeds for your financial future? At Principal Malaysia, we'll help you water, fertilize, and harvest your investments for a potentially fruitful future. Just like a seed needs the right environment to flourish, we offer a variety of investment solutions tailored to your risk tolerance and goals. We're here to help you grow your financial potential! #InvestingMadeEasy #PrincipalMY #PrincipalMalaysia
Kerjasama bersepadu Persekutuan, Negeri selesai isu prasarana sekolah daif Sabah
Kerajaan Sabah akan terus menjalin kerjasama erat dengan kerajaan Persekutuan dalam usaha memberi suasana dan nafas baharu kepada prasarana sekolah di negeri itu.
Pantau Belanjawan: Tadbir Urus: ‘Spot check’ nilai prestasi penjawat awam
Semua ketua jabatan kerajaan perlu membuat semakan mengejut bagi memerhati pelaksanaan kerja kakitangan bawahan bagi memastikan tiada amalan negatif berlaku dalam jabatan masing-masing agar perkhidmatan awam kekal cekap, relevan dan berkesan. Apakah kaedah dan pendekatan terbaik untuk melaksanakan usaha ini?
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando GGK 2024
Min Youn yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur itu merupakan graduan perakaunan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Seorang maut, nahas dua kereta di Ipoh
Kemalangan melibatkan dua buah kereta iaitu jenis Honda City dan Peugeot.
Play Store kini benarkan muat turun dua aplikasi serentak
Berdasarkan laporan 9to5Google, ciri ini diberikan secara berperingkat kepada pengguna Android bermula dengan peranti\
Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Tahanan PPA tekad jadikan kemahiran dalam “tirai besi” sebagai mata pencarian
Kehidupan di dalam tirai besi memberikan keinsafan kepada Fifi, Apit dan Bulat.
Pelaburan bernilai RM329.5 bilion pada 2023 adalah tertinggi sejak penubuhan MIDA - Arham
Malaysia berjaya meraih pelaburan bernilai RM329.5 bilion tahun lepas, yang tertinggi sejak penubuhan MIDA pada 1967.
Matyo sudah gantung but?
Bekas penyerang negara, Norshahrul Idlan Talaha, menimbulkan persoalan sama ada dia akan mengumumkan persaraan dalam masa terdekat.
Mesut Ozil, Fernando Torres ini keadaan mereka selepas bersara...
Ozil dan Torres membuktikan bahawa usia sememangnya sekadar angka sahaja kerana mereka juga boleh mengekalkan apa yang dilaksanakan sebelum ini.
Kelayakan Piala Dunia: 'Sergio Ramos China' bersara akibat terlalu kecewa
Ketua pasukan China, Zhang Linpeng sukar menerima hakikat kegagalan pasukan kebangsaannya membenam Singapura kelmarin.
Zaquan Adha bukan menangis sebab tak sambung kontrak, tetapi...
Zaquan menjelaskan, tangisannya itu bukan kerana ditamatkan kontrak tetapi kerana terpaksa menggunakan perkataan 'bersara'.
Saya tidak mahu lagi kerah kudrat - Mike
Biarpun berat hati, namun badang berusia 51 tahun itu merasakan ia masa yang sesuai untuk dia mengundur diri.
Zaquan Adha sudah dipancing pihak tertentu
Dia memberi bayangan tidak akan berpeluk tubuh sahaja, sebaliknya sudah mengikat perjanjian dengan pihak tertentu.
Era dominasi The Minions dalam badminton berakhir
Pemain badminton Indonesia, Marcus Fernaldi Gideon, secara rasmi mengumumkan persaraannya daripada dunia badminton profesional.
Erdogan umum pilihan raya Mac terakhir untuknya
Erdogan merupakan ahli politik Turki moden yang paling berjaya memimpin negara itu selama lebih dua dekad.
Pandelela jelas isu 'entiti', dakwa media salah tafsir
Ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong, akhirnya tampil memberikan penjelasan mengenai kemelut isu yang dihadapi skuad terjun ketika ini.