awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis minta bantuan kesan remaja lelaki hilang di Sungai Buloh
Lawatan Modi ke Malaysia dilihat peluang luaskan perdagangan, kerjasama serantau
Rumah bekas Presiden Korea Selatan Park Geun‑hye disita akibat hutang tertunggak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun M akui beri kewarganegaraan pada warga asing

Hakim Rahman
Hakim Rahman
17/01/2013
11:26 MYT
Tun M akui beri kewarganegaraan pada warga asing
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempertahankan pemberian status warganegara kepada warga asing di Sabah.
Bagaimanapun jelasnya perkara itu dilakukan kerana mereka berhak dan ia dilaksanakan mengikut lunas undang-undang.
“Semasa saya jadi perdana menteri, memanglah saya berkuasa menentukan pelaksanaan dasar kerajaan.
“Kerajaan menerima warga asing jadi warganegara jika memenuhi syarat tertentu, malahan mereka yang berada di sana bukan satu dua hari tetapi sudah 20 hingga 30 tahun dan mereka yang bercakap bahasa Melayu berhak jadi rakyat Malaysia,” katanya dalam sidang media di Wisma Karangkraf disini.
Tambahnya selagi seseorang individu tersebut memenuhi syarat seperti fasih bertutur dalam bahasa Melayu dan menetap di Malaysia mereka berhak untuk mendapat status sebagai rakyat Malaysia.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan saksi inkuiri Suruhanjaya Di Raja (RCI) berkenaan pendatang haram yang mengatakan pentadbirannya terlibat dalam pemberikan kad pengenalan di Sabah pada 1993-1994.
Dr. Mahathir turut mengakui ada pihak yang tidak senang dengan langkah tersebut tetapi menegaskan ia dilakukan mengikut undang-undang.
“Jadi, masalahnya ialah apabila ada orang tidak senang bila ada yang jadi rakyat Malaysia walaupun individu tersebut sudah lama menetap di Malaysia, itu yang timbul masalah.
"Masa zaman Tunku Abdul Rahman beri kewarganegaraan tapi tiada siapa yang menyatakan apa-apa".
“Saya akui saya bagi (kewarganegaraan), di zaman pentadbiran saya ada diberikan,” tambah Dr. Mahathir.
Beliau bercakap di sidang Media selepas Bicara Minda bersama Tun Dr Mahathir Mohamad bertajuk 'Masa Depan Melayu dan Islam Selepas PRU13'.
Rakaman penuh akan disiarkan di saluran Astro Awani (Astro 501) pada hari Jumaat, 18 Januari pukul 8.30 malam.
Topic Berkaitan
#Melayu dan Islam Selepas PRU13.
#Tun Dr Mahathir Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan