Skip to main content

Malaysia

Tun M bimbang situasi di Sabah akan bertambah buruk

41353460640_295x200.jpg
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad khuatir situasi akan menjadi lebih buruk kerana penceroboh di Sabah tetap meneruskan keganasan secara berpanjangan meskipun kalah dalam pertempuran.

Tegas Dr Mahathir, tindakan ganas itu setakat ini menyebabkan pertumpahan darah dan kehilangan nyawa lapan anggota pasukan keselamatan negara di Lahad Datu dan Semporna.

"Kita cuba nak selesaikan perkara ini tanpa pertumpahan darah, tetapi kita dapati orang Sulu ini ganas, mereka bukan sahaja membunuh askar kita tetapi mencederakan orang yang sudah mati. Kononnya mereka orang Islam tetapi perbuatan mereka tidak mengikut kehendak agama Islam" katanya kepada pemberita.

Tambah beliau, tindakan segera perlu sekaligus melumpuhkan kumpulan penceroboh dan menghadapkan mereka ke mahkamah kerana membunuh.

Advertisement

Must Watch Video