MALAYSIA
Tun M kecam tindakan Netanyahu serang Doha

Dr Mahathir bimbang akan situasi semasa yang berlaku di Asia Barat susulan serangan oleh ketenteraan Israel. -Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan kebimbangan terhadap perkembangan terbaharu di Asia Barat susulan pengeboman di Doha, Qatar yang mengorbankan enam nyawa.
Ringkasan AI
- Tun Dr Mahathir menyuarakan kebimbangan terhadap kemungkinan tindakan ketenteraan Israel terhadap negara Islam susulan pengeboman di Doha, Qatar.
- Beliau memberi amaran bahawa kenyataan Netanyahu boleh dijadikan alasan untuk menyerang negara yang didakwa melindungi Hamas.
- Dr Mahathir turut mengkritik sokongan berterusan Amerika Syarikat terhadap Israel, yang menurutnya menyebabkan ketidakseimbangan kuasa di Asia Barat.
“Jika pengeboman di Doha dijadikan sebagai petunjuk, maka tindakan Israel melalui kenyataan Netanyahu sebelum ini mungkin akan melibatkan serangan udara, termasuk pengeboman dan serangan roket, ke atas negara-negara yang dituduh menjadi tempat perlindungan Hamas,” katanya.
Beliau berkata, keadaan ini membuka kemungkinan Israel akan menjadikan negara-negara Islam sebagai sasaran serangan dengan alasan membanteras keganasan.
Dalam hal sama, Dr Mahathir turut berkata meskipun komuniti antarabangsa termasuk Amerika Syarikat secara zahir mengecam tindakan Israel, hakikatnya Washington tetap menyokong serangan yang disasarkan terhadap Hamas.
“Situasi ini menjadikan Israel kebal daripada sebarang tindakan antarabangsa, sekali gus mengekalkan ketidakseimbangan kuasa di rantau berkenaan,” jelasnya.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami