awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS kekal hak menjamin keselamatan ketenteraan pangkalan Diego Garcia - Trump
Ribut Leonardo: Lelaki maut di Portugal, wanita dihanyutkan arus di Sepanyol
Anugerah Madani Agro Excellence iktiraf pengusaha industri pertanian, makanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun M persoal langkah kerajaan terus simpan rizab di AS

Firdaus Azil
Firdaus Azil
18/10/2023
10:15 MYT
Tun M persoal langkah kerajaan terus simpan rizab di AS
Dr Mahathir berkata, Malaysia mempunyai nilai rizab yang tinggi, tetapi tiada strategi untuk menggunakan rizab tersebut bagi mengurangkan hutang negara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempersoalkan keperluan untuk terus menyimpan rizab negara dalam bentuk bon di Amerika Syarikat (AS), sedangkan pulangan yang diterima hanya sedikit.
Malah, beliau mempertikaikan langkah menyimpan wang begitu banyak sedangkan ia boleh digunakan untuk membayar hutang negara yang kini sudah melebihi RM1 trilion.
Katanya lagi, Malaysia terkenal mempunyai nilai rizab yang tinggi, tetapi tidak mempunyai strategi untuk menggunakannya bagi mengurangkan hutang negara.
“Selain daripada rizab yang disimpan di Bank Negara Malaysia (BNM) melebihi RM500 bilion, kita mempunyai aset pelaburan bernilai RM1 trilion di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), lebih RM300 bilion di bawah pengurusan Permodalan Nasional Berhad (PNB), lebih RM80 bilion deposit simpanan dengan Tabung Haji, dan Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) pula mempunyai hampir RM150 bilion.
“Dan kita juga ada lebih daripada RM1 trilion dalam bentuk simpanan.
"(Namun) pada masa yang sama kita juga mempunyai kadar hutang yang tinggi dari zaman Datuk Seri Najib Tun Razak (sebagai Perdana Menteri), selain amaun tambahan dalam bentuk dana kerajaan untuk projek, subsidi, dan hadiah. Kita mempunyai terlampau banyak hutang,” katanya dalam catatan terbaharu di laman media sosial X beliau, hari ini.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, kebanyakan simpanan Malaysia dilaburkan dalam bentuk bon di AS, dan sukar untuk mendapat balik simpanan itu kerana AS terkenal dengan reputasi tidak mahu memberi balik wang yang dideposit atau dipinjamkan kepada mereka.
Pada masa sama, beliau berkata, sejumlah besar dana kerajaan pula terpaksa digunakan untuk membayar semula hutang, dan akhirnya menyebabkan nilai defisit semakin meningkat sehingga mencecah beberapa bilion setiap tahun.
Justeru, Dr Mahathir berkata, adalah sesuatu yang aneh jika kerajaan Malaysia terus menyimpan wang, sedangkan ia boleh digunakan untuk membayar hutang.
Topic Berkaitan
#Mahathir Mohamad
#rizab negara
#Hutang negara
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan