Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru rakyat Malaysia untuk berusaha mencorak masa depan negara demi mencapai status negara maju pada tahun 2025.
Justeru, beliau mengajak seluruh segenap lapisan masyarakat berusaha dengan lebih gigih pada tahun 2019 untuk membangunkan negara.
"Saya yakin bahawa hari ini akan bawa banyak nikmat kepada kita, kita akan sambut tahun ini dengan hati yang senang dan gembira serta saya yakin kita semua akan bekerjasama untuk bangunkan negara bertuah ini.
"Ini adalah negara kita bersama, terpulang kepada kita untuk corakkan negara kita. Sebenarnya kita bernasib baik kerana negara kita ini aman. Kita perlu berusaha dengan lebih gigih pada tahun 2019.
"Inilah harapan kita semua, dan sekejap lagi kita akan sampai tahun 2019 dan sebelum itu saya ingin ucap 'selamat sambut tahun baru' dengan gembira kerana kita berjuang untuk hidup di negara," katanya ketika berucap pada ambang Sambutan Tahun 2019 di Dataran Putrajaya, pada malam Isnin.
Pada majlis itu, kira-kira 1 juta orang hadir bagi menyaksikan Festival Lampu 2018 dan bersama-sama melakukan kiraan bagi menyambut tahun 2019.
Ia turut dihadiri isteri perdana menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Menteri Pendidikan Maszlee Malek; Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof; Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad; Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Mohammadin Ketapi; dan Presiden Perbadanan Putrajaya Datuk Dr Aminuddin Hassim.
Festival yang memasuki tahun keenam dengan tema 'Warna-warni Putrajaya' itu menyajikan pertunjukan bunga api secara langsung dan juga bunga bercahaya 3D.
Festival yang bermula sejak 28 Disember lalu turut dimuatkan dengan pelbagai program sampingan seperti E-Games, wayang kulit, beca Putrajaya serta persembahan jalanan.
Afiezy Azaman
Mon Dec 31 2018
Dr Mahathir dan isteri mengibarkan Jalur Gemilang semasa menyambut Tahun Baharu 2019 di Dataran Putrajaya malam tadi. Turut kelihatan, Khalid, Aminuddin serta sebahagian menteri kabinet. -- fotoBERNAMA
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tabung Haji mampu bayar hibah lebih tinggi tahun ini
Prestasi suku ketiga TH adalah baik dengan jumlah aset terus mengatasi tanggungan sebanyak RM2.3 bilion, lebih tinggi berbanding RM1 bilion pada 2018.
Astro menang 'Brand of the Year' di Anugerah Putra Brand 2019
Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) menang anugerah Brand of the Year di Anugerah Putra Brands 2019, selain dua kategori 'Rangkaian Media'.
RWC 2019: England tepati ramalan menang besar lawan USA
England meraih lima lagi mata selepas menang besar menentang pasukan Amerika Syarikat dalam Kejohanan Piala Dunia Ragbi 2019 di Stadium Kobe Misaki pada Khamis.
Bersyukur kerana berjaya berpuasa tanpa gangguan - Dr Mahathir
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengajak rakyat Malaysia terutama yang beragama Islam supaya bersyukur, kerana berjaya melaksanakan ibadat puasa tanpa sebarang gangguan.
Nostalgia 'Ikhlas' 1992 di pentas KL JAMM
Menggamit nostalgia zaman penyatuan legenda seni suara tanah air di atas satu pentas, MUI dengan kerjasama syarikat Produksi KRU mengumumkan barisan artis yang bakal memeriahkan KL JAMM.
Filem Upin dan Ipin Keris Siamang Tunggal angkat kisah rakyat
Setelah 10 tahun mencipta fenomena, Les Copaque kini kembali dengan naskah terbaharu buat peminat-peminat animasi tersebut
10 ramalan bola sepak dunia tahun 2019
Ke manakah Jose Mourinho selepas ini? Siapakah bakal juarai Liga Juara-Juara Eropah? Apa nasib Neymar? Banyak yang boleh dijangkakan untuk 12 bulan akan datang.
Sarah Suhairi mahu fokus menyanyi, tolak tawaran berlakon
JUARA Big Stage, Sarah Suhairi mengaku ingin fokus dalam bidang nyanyian dan menolak beberapa tawaran lakonan.
"Tiada yang mustahil" - Serena Williams titip kata-kata semangat kepada ibu bapa yang bekerja
Serena Williams telah menyampaikan mesej Tahun Baharu 2019 yang memberi inspirasi kepada ibu dan bapa yang kerja, dengan mengatakan "Tiada yang Mustahil".
Syed Saddiq tidak 'serik', kembali 'merempit' di malam Tahun Baharu 2019
Kecederaan yang dialami oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kerana kemalangan motosikal tidak menghalang beliau untuk kembali merempit di ibu kota.