KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membidas mentaliti pihak yang menganggap wang adalah segala-galanya dalam mencapai keinginan.
Sindiran itu disampaikan oleh Tun Dr Mahathir menerusi satu muat naik di laman blog miliknya, chedet.cc.
Walau bagaimanapun, tiada nama yang dinyatakan dalam posting tersebut mahupun mengaitkan penglibatan mana-mana pihak secara terus.
Akan tetapi, posting itu jelas menyentuh mengenai isu politik dan rasuah yang dilihat semakin parah di negara ini.
"Kenapa cash (tunai) itu king (raja). Cash is King kerana cash berkuasa.
"Kalau bagi cash, bunuh orang pun boleh. Apatah lagi cuma lompat parti.
"Dinding tinggi pun lepas. Kalau bertanding dalam PRU (pilihan raya umum), guna cash tetap menang," katanya dalam postingan tersebut.
Selain itu, hantaran sinis berkenaan juga turut menyentuh mengenai isu rasuah yang melibatkan kes-kes jenayah dalam negara.
"Kata IGP, penjenayah ditolong oleh orang termasuk polis supaya (dapat) lari. Menyelamatkan diri.
"Itu adalah kuasa tunai. Ada tunai, semua boleh. Malaysia boleh. Boleh apa? Boleh buat apa sahaja jika ada wang tunai, termasuk menyamun," perli beliau.
Sindiran berkenaan menggambarkan sifat tamak individu yang mengutamakan wang dan kekayaan yang sanggup mengorbankan maruah serta kehormatan negara.
"Tidak cukup tunai, dengan kuasa yang dikurnia oleh rakyat, tubuhkan syarikat, pinjam wang, curi duit cukup untuk menyelamatkan diri dan menang PRU.
"Fikirlah. Tidak pernah ada duit tiba-tiba diberi lima million.
"Bodohlah kalau tak balas. Hilang negara pun tidak mengapa. Bangsa diperlekeh juga tidak mengapa," sindir beliau menerusi posting yang sama.
Astro Awani
Thu Apr 01 2021
Kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, jenayah rasuah dilihat semakin parah apabila ia turut dikuasai oleh oleh rang atasan'. -Gambar fail/BERNAMA
China akan naik taraf zon perdagangan bebas
Berucap pada Majlis Pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7, Premier China, Li Qiang berkata pembukaan ekonomi adalah "kemestian" dalam memerangi peningkatan uni-lateralisme di seluruh dunia.
PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Pavilion Malaysia sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Shangai.
Hubungan China seperti 'sahabat yang hebat' - Anwar
Dalam pertemuan dengan Premier China, Li Qiang pada Selasa, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia dan China kini seperti 'sahabat yang hebat'.
Satelit kayu pertama dihantar ke angkasa
Dinamakan LignoSat, ia mempunyai saiz sebesar tapak tangan dan ia ditugaskan untuk membuktikan kayu adalah bahan gred angkasa.
Dua warga China cedera ditembak di Karachi
Insiden tembakan di Karachi, Pakistan pada Selasa mengakibatkan dua warganegara China cedera. Perkara itu disahkan oleh pihak hospital dan kenyataan pihak polis yang mana ia dipercayai berkaitan dengan siri keganasan melibatkan warganegara China di negara itu baru-baru ini.
Apa yang kita perlu tahu tentang Electoral College?
Mari kita lihat keunikan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat.
Kebangkitan sentimen persaingan 'populisma' rakyat
Timbalan Ketua Strategi Ibu Pejabat Asia UNSDSN (Universiti Sunway), Prof Wong Chin Huat berpandangan, persaingan dalam pilihan raya Amerika Syarikat kali ini menyuntik kelainan tersendiri kerana ia bukan lagi menunjukkan sokongan rakyat berdasarkan sayap parti di negara itu. Sebaliknya, keputusan itu nanti mencerminkan kebangkitan sentimen 'populisma terhadap pemimpin yang dilihat berupaya menyumbang secara terus kepada rakyat tanpa bergantung kepada sistem standard tadbir urus.
Jutaan rakyat Amerika tunai tanggungjawab
Jutaan rakyat Amerika Syarikat mula membuang undi mereka pada Selasa ketika pusat mengundi dibuka di seluruh negara itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 5 November 2024.
'Nama saya hanya Hasmah, bukan Siti Hasmah'
'Gelaran' tersebut diberikan selepas beliau dan Dr Mahathir berpindah dari Alor Setar, Kedah ke Kuala Lumpur.
Tun M dibenar keluar IJN
Dr Mahathir yang berusia 99 tahun dibenarkan pulang ke rumah selepas dua minggu dirawat di Institut Jantung Negara disebabkan batuk.
SPRM beri Mirzan tempoh 30 hari lagi untuk isytihar harta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi tempoh lanjutan selama 30 hari kepada Tan Sri Mirzan Mahathir untuk mengisytiharkan harta.
Kes saman saham Renong: Dr Mahathir, kerajaan mohon batal saman ahli perniagaan
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memohon untuk membatalkan saman ahli perniagaan Tan Sri Halim Saad yang menuntut pampasan selepas pengambilalihan saham Renong Bhd dan United Engineers Ma
Tun M ajak Melayu bersatu lawan musuh ada agenda tersirat - Azmin
Tun Dr Mahathir Mohamad mengajak orang Melayu khususnya bersatu dalam menentang musuh yang mempunyai agenda tersembunyi.
PRN: MUDA tanding solo sia-sia jika tidak berjaya tubuh kerajaan - Tun Mahathir
Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Keputusan MUDA untuk bertanding secara solo dalam PRN akan datang tidak akan mempunyai erti jika parti itu tidak dapat menubuhkan kerajaan.
Mengenang MH370: 'Sesuatu yang kita perlu terima, walaupun sukar' - Tun M
Beliau turut berdoa agar usaha mencari pesawat itu membuahkan hasil, namun jika yang sebaliknya berlaku, ia pastinya sesuatu yang sukar namun tetap perlu diterima.
"Pada usia sekarang saya mahu melindungi suami" - Dr Siti Hasmah
"Kami berdua sudah berusia 96 tahun sudah tentu perlu menjaga kesihatan di tahap terbaik." - Dr Siti Hasmah
Saman fitnah Ismail Sabri, Lokman Adam diarah fail pernyataan
Mahkamah Tinggi di sini mengarahkan Datuk Lokman Noor Adam menjawab saman yang difailkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terhadapnya, hari ini.
Dr Mahathir positif COVID-19, dirawat di IJN
Ahli Parlimen Langkawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi tujuan pemantauan selama beberapa hari.