awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun Mahathir bukan penentu nasib BN di PRU - Shahrir

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
18/08/2015
10:22 MYT
Tun Mahathir bukan penentu nasib BN di PRU - Shahrir
SHAHRIR: Pada Pilihan Raya Umum 2013, Dr Mahathir menyokong BN, tetapi keputusannya seperti yang kita lihat sekarang. - Gambar Fail
Sokongan Tun Dr Mahathir Mohamad bukan penentu nasib Barisan Nasional (BN) sebaliknya rakyat yang akan menentukannya, kata Pengerusi Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad.
"Jika kita lihat pada keputusan Pilihan Raya Umum 2008, kritikan Dr Mahathir terhadap kepimpinan Tun Abdullah Badawi yang menjadi Perdana Menteri ketika itu sedikit sebanyak memberi impak kepada sokongan BN.
"Namun, pada Pilihan Raya Umum 2013, Dr Mahathir menyokong BN, tetapi keputusannya seperti yang kita lihat sekarang," kata Shahrir.
Ditanya jika beliau merasakan sokongan Dr Mahathir kepada BN tidak relevan, Shahrir menegaskan, apa yang beliau perkatakan itu adalah berasaskan fakta.
"Saya menyatakan keputusan PRU sahaja. Semua boleh membuat perbandingan sendiri. Semuanya fakta," kata Shahrir dalam satu sidang media di Parlimen, di sini, petang tadi.
Shahrir diminta mengulas keyakinan BN untuk mendapatkan sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum seterusnya.
Soalan itu ditanyakan media berikutan pelbagai cabaran yang dihadapi BN pada masa ini.
Ia termasuk isu syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), isu dana politik RM2.6 billion dan juga dakwaan terhadap kemungkinan ada 'tokoh tertentu' di dalam parti berkomplot untuk menggulingkan kerajaan.
Topic Berkaitan
#pilihan raya
#PRU
#shahrir samad
#Tun Mahathir Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan