awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
Kendrick Lamar pecah rekod dengan 26 kemenangan Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun Mahathir kembali ke Ashgabat selepas 25 tahun

Nailah Huda
Nailah Huda
26/10/2019
14:21 MYT
Tun Mahathir kembali ke Ashgabat selepas 25 tahun
Selepas 25 tahun, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bakal kembali ke Ashgabat, Turkmenistan untuk lawatan rasmi selepas lawatan pertama beliau pada 1994.
Dua tahun kemudian, pada 1996, Petronas Carigali Sdn Bhd memulakan operasi pengeluaran minyak dan gas di sana, sekali gus menjadi antara syarikat pertama yang menjalankan pengeluaran minyak luar pesisir di negara itu.
Bagi mengeratkan lagi kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Turkmenistan, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Turkmenistan Gurbanguly Berdimuhamedov akan mengadakan mesyuarat dua hala di Istana Presiden di ibu kota esok.
Selain menumpu kepada kepentingan ekonomi, kedua-dua pemimpin itu turut dijangka membincangkan tentang hal ehwal antarabangsa.
Gambar kedua-dua pemimpin itu serta slogan menyambut kedatangan Tun Dr Mahathir sudah mula dipaparkan pada skrin papan iklan di sekitar ibu kota.
Beliau dijangka tiba pada Sabtu jam 9 malam waktu tempatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Ashgabat diiringi oleh isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Mesyuarat delegasi pada Ahad turut disertai oleh Menteri Luar Negeri Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali.
Ashgabat memegang rekod dunia untuk jumlah bangunan diperbuat daripada batu marmar paling banyak. - Foto Astro AWANI/Nailah Huda
Ashgabat memegang rekod dunia untuk jumlah bangunan diperbuat daripada batu marmar paling banyak. - Foto Astro AWANI/Nailah Huda
Susulan lawatan pertama Tun Dr Mahathir pada 1994, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi turut pernah melawat Ashgabat pada 2008, diikuti oleh Datuk Seri Najib Razak pada 2011 dan 2014.
Walaupun kerajaan Turkmenistan digambarkan sebagai sebuah kerajaan pertapa atau ‘hermit kingdom’ yang sering mengasingkan diri daripada arena politik antarabangsa, namun negara itu cukup signifikan kerana mempunyai sumber gas asli keempat terbesar di dunia.
“Setakat ini, Turkmenistan dipercayai memiliki 20 trilion meter padu gas asli, dengan banyak lagi yang masih belum diterokai,” kata Roseli Abdul, Duta Besar Malaysia di Ashgabat.
Namun, negara itu yang mencapai kemerdekaan dari Kesatuan Soviet pada 1991, dibayangi oleh pentadbiran autoritarian.
Ashgabat memegang rekod dunia untuk jumlah bangunan diperbuat daripada batu marmar paling banyak, menelan belanja kira-kira 250 juta dolar.
Pada masa yang sama, kadar pengangguran di negara itu dianggarkan berada dalam lingkungan 60 peratus.
Kata Roseli, kerajaan Turkmenistan pada ketika ini sedang menerokai pelbagai cara untuk merancakkan lagi eskport gas asli.
Antaranya, dengan membangunkan projek saluran paip Turkmenistan-Afghanistan-Pakistan-India, yang dilihat sebagai interpretasi Laluan Sutera yang moden.
Petronas turut berminat untuk melanjutkan kontrak pengeluaran gas asli di negara itu, namun masih berada pada tahap perbincangan.
Topic Berkaitan
#hermit kingdom
#Lapangan Terbang Antarabangsa Ashgabat
#lawatan rasmi
#Mahathir Mohamad
#Perdana Menteri
#Siti Hasmah Mohd Ali
#Turkmenistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan