Tun Dr Mahathir Mohamad pada Sabtu melawat Galeri Dunia Islam Yayasan Al Bukhary di British Museum di Bloomsbury, di sini.
Perdana Menteri meluangkan masa kira-kira sejam melihat bahan-bahan pameran di galeri itu dengan diiringi Timbalan Pengarah muzium Johanathan Williams yang menerangkan tentang pelbagai artifak bersejarah yang melambangkan kegemilangan warisan Islam.
Semasa tiba, Tun Mahathir disambut pegawai muzium, pegawai-pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia dan anak-anak tokoh perniagaan dan dermawan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary - Sharifah Sofia dan Syed Danial.
Turut hadir di galeri ialah Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Belia dan Sukan, Syed Sadiq Abdul Rahman. Kehadiran Tun Mahathir itu menarik perhatian ratusan pengunjung muzium.
Kunjungan itu adalah sebahagian daripada jadual lawatan kerja tiga hari Tun Mahathir ke United Kingdom bermula Sabtu.
Galeri Yayasan Al Bukhary sedang membantu British Museum mempamerkan kembali koleksi penting warisan Islam, dalam usaha mencerminkan hubung kait antara budaya Islam dengan Dunia Silam pada satu pihak, dan budaya Dunia Mediterranean dan Eropah di satu pihak lagi.
Yayasan Albukhary, sebuah organisasi amal yang memfokus kepada pembangunan sosial, ditubuhkan oleh Syed Mokhtar Shah Syed Nor Albukhary.
British Museum ditubuhkan pada 1753 sebagai muzium nasional awam pertama di dunia, memiliki antara koleksi kekal paling komprehensif terdiri daripada lapan juta karya dan hasil kerja, kebanyakannya bersumber dari era kemuncak empayar British.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 16 2019
PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendengar penerangan Timbalan Pengarah British Museum, Jonathan Williams ketika melakukan lawatan ke Galeri Yayasan Al Bukhary di British Museum, London pada Sabtu. - Foto BERNAMA
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Tun Mahathir lawat Galeri Yayasan Al Bukhary di British Museum
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melawat Galeri Dunia Islam Yayasan Al Bukhary di British Museum di Bloomsbury, London pada Sabtu.