[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
MALAYSIA

Tun Mahathir lawat Industri Aeroangkasa Turki

Wan Syamsul Amly 25/07/2019 | 11:18 MYT
Dr Mahathir melihat pameran pesawat ketika melawat TAI sempena lawatan rasmi beliau ke Turki, pada Khamis. --fotoBERNAMA
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada pagi Khamis melawat Industri Aeroangkasa Turki (TAI) di Ankara dalam lawatan rasmi empat hari beliau ke Turki bermula semalam.
TAI merupakan sebuah pusat pembangunan aset, komponen dan sistem aeroangkasa milik republik itu.
Beroperasi sejak 2005, TAI memiliki kepakaran dalam pembuatan aset udara, sama ada untuk kegunaan komersil atau pertahanan.
Ia termasuk kapal terbang, helikopter, pesawat tanpa pemandu (UAV) dan dron.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, Dr Mahathir memulakan program rasmi beliau dengan majlis meletak kalungan bunga di makam Mustafa Kamal Ataturk, pengasas yang juga Presiden pertama Turki, di Anitkabir, di sini.
Mustafa Kamal merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi dan presiden Turki yang pertama, memerintah dari 1923 hingga 1938.
BACA: Tun M tiba di Ankara, mula lawatan rasmi empat hari ke Turki
Dr Mahathir turut menandatangani Buku Penghormatan sebelum meneruskan acara berikutnya.
Pada petang Khamis, Dr Mahathir dijadual mengadakan mesyuarat dengan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan di Kompleks Presiden di sini, diikuti mesyuarat delegasi Malaysia-Turki.
Dr Mahathir tiba di sini pada Rabu untuk lawatan rasmi empat hari di Turki.
#Ankara #Industri Aeroangkasa Turki #lawatan rasmi #Mahathir Mohamad #Turki