awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun Mahathir mampu cetus krisis politik baharu - Salleh

Abdul Hafiz Mustadi
Abdul Hafiz Mustadi
16/09/2023
12:35 MYT
Tun Mahathir mampu cetus krisis politik baharu - Salleh
Mohd Salleh mendakwa Tun Mahathir bukanlah pemimpin yang membuat percaturan tanpa penghujung. - Foto Astro AWANI
KOTA KINABALU: Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Mohd Salleh Said Keruak memberi bayangan kemungkinan berlakunya krisis politik baharu yang didalangi oleh Tun Mahathir Mohamad.
Menurut beliau, Mahathir bukanlah pemimpin yang membuat percaturan tanpa penghujung apabila menjadikan dirinya sebagai ketua de facto Perikatan Nasional (PN).
"Tun Mahathir dikenali sebagai seorang yang hanya menggerakkan langkah apabila beliau dapat melihat dan merebut peluang yang memberi manfaat daripada segi politik.
"Begitu juga dengan langkah beliau menjadi ketua de facto Gabungan Perikatan Nasional (PN).
"Saya percaya ini hanya merupakan langkah pertamanya di mana banyak lagi yang menyusul pada masa akan datang", ujar Salleh dalam satu kenyataan di Facebook pada Sabtu.
Pada masa sama, Salleh turut mengingatkan pimpinan Pakatan Harapan (PH) agar berwaspada dengan gerak geri Mahathir bagi mengelakkan kemungkinan krisis politik yang didalangi PN.
"Pakatan Harapan perlu berfikir dan terus mendahului Tun Mahathir jika mereka ingin mengelak kemungkinan krisis politik yang didalangi Perikatan Nasional di bawah pimpinan de facto baharunya.
"Saya percaya pimpinan Pakatan Harapan berkemampuan menjangka dan menyelami terlebih dahulu tentang apa yang diharapkan daripada Tun Mahathir jika beliau membuat sebarang langkah dalam masa terdekat", ujar Salleh.
Topic Berkaitan
#Mahathir Mohamad
#Salleh Said Keruak
#Barisan Nasional
#Pakatan Harapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan