Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan baharu bekerja lebih masa untuk mencergaskan semula dan memulihkan keadaan kucar-kacir yang ditinggalkan oleh pentadbiran terdahulu, dengan jalan ke arah pemulihan kini semakin jelas kelihatan.
Berucap pada Sidang Kemuncak Korporat PNB 2019 di sini hari ini, perdana menteri menegaskan bahawa kerajaan melaksanakan reformasi penting untuk mempertingkatkan kestabilan, memperkukuhkan pengurusan fiskal dan memantapkan tadbir urus korporat serta ketelusan.
Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan terus dibebani dengan hutang yang ditinggalkan oleh pentadbiran sebelum ini.
Beliau berkata meskipun kerajaan mengambil pelbagai langkah untuk menangani perkara itu, ia akan mengambil masa untuk memperbaiki kedudukan fiskal negara.
"Kini sudah setahun setengah sejak kerajaan bertukar. Sambil kita membongkar lebih banyak lagi, kita dapat melihat bagaimana potensi Malaysia telah dibazirkan. Namun begitu, kita juga kini dapat melihat jalan ke arah pemulihan di hadapan," kata Dr Mahathir.
Turut hadir pada sidang kemuncak bertemakan 'Mencergaskan Semula Korporat Malaysia' ialah Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Pengerusi kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.
Dr Mahathir menegaskan bahawa kerajaan kekal komited untuk melaksanakan inisiatif yang diperlukan bagi mencapai matlamat utama menstrukturkan semula ekonomi ke arah menjadi progresif, berasaskan pengetahuan dan memperkasakan rakyat Malaysia.
Bagi mencapai matlamat itu, perdana menteri berkata adalah penting agar sektor swasta melaksanakan peranan sebagai pemacu utama ekonomi.
Dr Mahathir menarik perhatian bahawa 'reboot' (langkah mencergaskan semula) yang dilaksanakan oleh kerajaan telah menyaksikan beberapa keadaan normal kembali ke dalam sistem tadbir urus dan pentadbiran.
"Berdasarkan hubungan simbiosis antara kerajaan dan sektor kerajaan, tidak syak lagi, sektor korporat Malaysia juga perlu untuk 'reboot' dan kami percaya kerajaan akan kembali semula ke landasan yang tepat, begitu juga dengan sektor korporat," katanya.
Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir berkata Korporat Malaysia perlu melaksanakan peranan lebih besar dalam mewujudkan kekayaan dan pembentukan nilai.
Perdana menteri berkata sebahagian daripada proses ini membabitkan peningkatan produktiviti dan pembangunan bakat.
"Bagi peningkatan produktiviti, teknologi perlu lebih dimanfaatkan lagi, manakala bagi pembangunan bakat pula, sektor swasta dan GLC (syarikat berkaitan kerajaan) perlu menyokong sistem pendidikan sedia ada.
"Di samping itu, adalah penting untuk memperkasakan golongan usahawan yang akan memberi sumbangan kepada sebuah sektor swasta yang dinamik. Kita juga perlu memperkukuhkan institusi sedia ada untuk menjana bakat yang diperlukan oleh sektor awam dan swasta," katanya.
Dr Mahathir menggesa Korporat Malaysia supaya memberi perhatian kepada Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang ideal untuk didukung dalam semua aspek.
"Ini bukan sekadar retorik atau janji kosong, kerana dia mencerminkan komitmen kerajaan untuk memastikan semua rakyat Malaysia diberi peluang untuk berjaya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 30 2019
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan ucapan perasmian PNB Corporate Summit 2019 hari ini. - Foto Bernama
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Malaysia menjadi destinasi pilihan pengeluar peranti perubatan - Dr Dzulkefly
Sektor peranti perubatan menyumbang kira-kira RM18 bilion kepada ekonomi negara pada 2023.
Kecenderungan Malaysia kepada BRICS tidak menjejaskan keberkecualian negara
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, Malaysia konsisten mengukuhkan kerjasama dengan semua blok, selagi ia memberi manfaat kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Kerajaan komited pastikan negara berkembang maju - PM Anwar
Kerajaan terus mengamalkan semangat keterbukaan dan kesediaan untuk menyesuaikan diri, berinovasi dan sentiasa menolak sempadan kemungkinan.
Ekonomi negara berkembang baik disokong pengukuhan ringgit - Amir Hamzah
Ekonomi negara terus berkembang dengan baik disokong oleh kedudukan ringgit yang kini semakin mengukuh dalam pasaran tukaran mata wang asing, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Malaysia berada di landasan tepat capai unjuran KDNK 4.0-5.0 peratus tahun ini - Tengku Zafrul
Antara faktor peningkatan KDNK bagi suku kedua adalah peningkatan ketara pelaburan swasta kerana pelabur semakin yakin dengan prospek ekonomi negara.
Hala tuju Malaysia dalam BRICS antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Soalan itu dikemukakan Ahli Parlimen Ipoh Timor, Lee Chuan How dalam sesi soal jawab Perdana Menteri (PMQ).
PM Thai gesa peralihan kepada ekonomi berasaskan kreativiti
Srettha Thavisin mahu kerajaan supaya tidak bergantung kepada tenaga buruh berkemahiran rendah dan beralih menjadi sebuah negara yang digerakkan kebijaksanaan dan kreativiti rakyat.
Industri ikan hiasan meningkat, penyumbang ekonomi negara
Pengeluaran ikan hiasan pada 2023 adalah sebanyak 241 juta ekor dengan nilai RM373 juta dan 21 peratus daripadanya bagi tujuan eksport.
IMF lulus pembiayaan dana AS$1.1 bilion kepada Pakistan
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Isnin meluluskan pembiayaan segera dana bantuan bernilai US$1.1 bilion kepada Pakistan.
ACCA: Profesional kewangan optimis namun berhati-hati dengan prospek ekonomi Malaysia
Bagaimanapun, kebimbangan terhadap kos operasi dan faktor luaran memerlukan pendekatan berhemat oleh organisasi kewangan dan perniagaan.