Tun Mahathir Mohamad dilihat memperalatkan calon Parti Amanah Negara (Amanah) yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar demi mencapai matlamat politik peribadinya.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata walaupun, kerajaan telah memberi pelbagai penjelasan berhubung isu berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Dr Mahathir terus menggunakan isu itu untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Kita telah jelaskan berulang kali tapi beliau (Dr Mahathir) tidak puas hati. Dalam demokrasi, beliau tidak boleh paksa kita untuk menerima pandangannya.
"Kita juga ada pandangan berbeza dan akhirnya rakyat yang akan buat penilaian," katanya kepada pemberita ketika melawat Pusat Media PRK Kuala Kangsar di sini, hari ini.
Ditanya mengenai Dr Mahathir dijadual hadir buat kali kedua di Kuala Kangsar esok, Salleh berkata bekas perdana menteri itu berhak berkempen dan menyokong mana-mana parti kerana beliau bukan lagi anggota UMNO.
Dalam perkembangan sama, Salleh Said berkata pembangkang hanya menabur fitnah untuk menarik kebencian rakyat kepada Barisan Nasional (BN) yang bertanding di kedua-dua PRK itu.
"Namun, saya yakin rakyat tidak akan keliru dengan pakatan pembangkang kerana mereka hanya datang bila pilihan raya diadakan, jika tiada pilihan raya, kita tidak nampak mereka.
"BN turun padang melihat sendiri masalah yang dihadapi rakyat. Sememangnya menjadi tanggungjawab kita jika kita rasa ia perlu diselesaikan tetapi pembangkang datang hanya untuk membuat fitnah," katanya.
Menurutnya BN adalah satu-satunya parti yang mampu mengurus perbezaan antara parti dan menyatupadukan rakyat walaupun ia dianggotai 10 parti komponen.
Sambil merujuk kepada Selangor, Salleh berkata parti pembangkang di negara itu saling bersaing sesama sendiri kerana masing-masing mengamalkan politik kepentingan parti.
"Rakyat kena lihat adakah mereka boleh dipercayai untuk diberi tanggungjawab memimpin negara...jelas sekali mereka tidak mampu kerana mereka amalkan politik kepentingan parti, mereka tidak lihat di luar parti," katanya.
Mengenai pembangunan komunikasi di perkampungan Orang Asli Kuala Kangsar, Salleh berkata beliau telah mengarahkan pegawai Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKMM) untuk ke kawasan itu bagi menyediakan kemudahan yang lebih baik.
Dalam pada itu, Salleh meminta pengundi supaya memberi sokongan kepada calon BN supaya agenda pembangunan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar dapat diteruskan untuk manfaat rakyat pelbagai kaum.
Bernama
Wed Jun 15 2016
Tun Mahathir Mohamad memperalatkan calon Amanah yang bertanding pada PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar demi mencapai matlamat politik peribadinya, kata Salleh Said Keruak. - Gambar fail
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Kongres Khas PKR lulus pindaan perlembagaan parti dengan sokongan lebih dua pertiga perwakilan
Kongres Nasional Khas PKR 2024 hari ini meluluskan kesemua pindaan perlembagaan berkaitan proses pemilihan parti.
SAPP keluar, PN Sabah lemah
Pada PRN Sabah 2018, PN memenangi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggunakan logo sendiri.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Samsuri nafi peletakan jawatan ada kaitan dengan SAPP
Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional tidak ada kaitan dengan pengunduran Parti Maju Sabah (SAPP) daripada perikatan itu.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Anwar sahkan ada perbincangan penyertaan Tengku Zafrul
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan wujud perbincangan awal berhubung Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul, menyertai parti PKR.
Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari
Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula Januari ini.
AWANI Ringkas: Elaun PLKN 3.0 RM8 sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Anthony Loke beri amaran batalkan subsidi diesel jika naik tambang feri
MOT memberi amaran untuk membatalkan pemberian subsidi diesel terhadap pengusaha feri jika meneruskan kenaikan harga tambang khususnya kepada warga tempatan dan pelancong domestik.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Menang majoriti lebih 20,000, BN kekalkan kerusi DUN Mahkota
Syed Hussein memperoleh 27,995 undi, jauh mengatasi Mohamad Haizan Jaafar yang hanya meraih 7,347 undi.
MUDA, Urimai tidak bertanding PRK Sungai Bakap
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) tidak akan menghantar calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
PRK Sungai Bakap: Peluang sama rata bagi calon anak jati PKR, Pas
Dua gabungan politik terbesar negara mengatur strategi dengan mempertaruhkan anak jati tempatan dalam gelanggang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
PRK: PKR kekal bertanding di DUN Sungai Bakap
PRK: PKR kekal bertanding di DUN Sungai Bakap
Speaker Pulau Pinang serah notis kekosongan DUN Sungai Bakap kepada SPR
Speaker DUN Pulau Pinang menyerahkan notis kekosongan DUN Sungai Bakap kepada SPR berikutan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
PRK Kuala Kubu Baharu: PN muktamad calon esok, umum 25 April - Muhyiddin
PN memuktamadkan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu esok dan dijangka mengumumkan calon mereka pada 25 April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Wanita DAP punyai beberapa calon layak untuk diketengahkan
Wanita DAP mempunyai beberapa nama untuk diketengahkan sebagai calon mewakili Pakatan Harapan (PH), pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
Mesyuarat khas SPR PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 4 April
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor pada 4 April ini.