awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun Mohd Khalil angkat sumpah jawatan Yang Dipertua Negeri Melaka

Bernama
Bernama
27/05/2016
05:33 MYT
Tun Mohd Khalil angkat sumpah jawatan Yang Dipertua Negeri Melaka
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menyerahkan suratcara pelantikan kepada Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob (kiri) di Istana Negara hari ini. - Foto BERNAMA
Tun Mohd Khalil Yaakob hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka bagi penggal keempat dalam istiadat di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini.
Mohd Khalil kemudian menandatangani watikah jawatan tersebut disaksikan Hakim Mahkamah Tinggi Melaka Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.
Istiadat itu dihadiri isteri Mohd Khalil iaitu Toh Puan Zurina Kassim, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron, Anggota Dewan Negara Tan Sri Mohd Ali Rustam, barisan Exco Kerajaan Negeri Melaka, Anggota Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri Melaka.
Semalam, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan mengurniakan Surat Cara Pelantikan sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka bagi penggal keempat kepada Mohd Khalil.
Mohd Khalil, 78, sebelum ini dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka yang keenam pada 2 Jun 2004 dan mengangkat sumpah jawatan itu pada 4 Jun 2004 bagi menggantikan Tun Syed Ahmad Shahabudin.
Anak kelahiran Kuantan, Pahang itu pernah memegang beberapa jawatan dalam Kabinet iaitu sebagai Timbalan Menteri Pendidikan (1982-1984), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1984-1986) dan Menteri Penerangan (1999-2004) selain menyandang jawatan Menteri Besar Pahang kelapan selama 13 tahun dari 1986 hingga 1999.
Topic Berkaitan
#angkat sumpah
#Mohd Khalil Yaakob
#Yang Dipertua Negeri Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan