Bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi mencadangkan kerajaan persekutuan dan semua kerajaan negeri membincangkan dan mengkaji semula setiap undang-undang melibatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil serta membuat pindaan yang perlu.
Beliau berkata ini perlu kerana walaupun kerajaan telah meminda Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan Artikel 121 (1A) pada 1988 bahawa perkara-perkara syariah hendaklah diputuskan oleh Mahkamah Syariah, tetapi ia masih tidak jelas dan menyebabkan ada kes syariah tertentu dibicarakan di Mahkamah Sivil.
"Itu saya cadangkan... kerajaan perlu mengkaji satu persatu... pinda (dan) betulkan supaya lubang-lubang yang ada dalam undang-undang ini diisikan dengan undang-undang baharu.
"Mungkin persidangan mufti (perlu diadakan untuk) tengok satu persatu (undang-undang dengan) mengkaji kes-kes yang telah ada. Undang-undang adalah satu benda yang hidup dan perlu dipinda dari semasa ke semasa. Jadi bila berbangkit masalah, kena buat (pindaan)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan umum bertajuk 'Civil vs Syariah: Article 121 (1A) Is It Now Final? (Sivil lwn Syariah: Artikel 121 (1A) Adakah Sudah Muktamad?) di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, hari ini.
Turut hadir, Naib Canselor USIM Prof Datuk Dr Musa Ahmad dan Dekan Fakulti Undang-Undang dan Syariah Prof Madya Dr Zulkifli Hassan.
Artikel 121 (1A) adalah peruntukan perlembagaan yang menghalang Mahkamah Sivil mencampuri bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Dalam pada itu, Zaki yang juga Profesor Adjung bagi Fakulti Undang-Undang dan Syariah USIM menyarankan orang ramai supaya memahami perbezaan bidang kuasa antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah.
"Banyak orang bertanya kepada saya soal isu apa sebabnya Mahkamah Sivil membuat keputusan atas soal undang-undang yang pada fahaman orang biasa patut dibuat oleh Mahkamah Syariah tetapi dibuat oleh Mahkamah Sivil kerana mereka tak faham bidang kuasa di antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah.
"Masalah besar sekali ialah bila antara dua orang bukan muslim, seorang daripadanya memeluk agama Islam dan melarikan anak... saya faham kerajaan telah membuat keputusan bahawa dia (suami) tidak boleh memeluk Islam sehingga dia bercerai dengan isterinya tetapi dari segi syarie adakah ini betul?
"Tetapi saya difahamkan di Wilayah (Persekutuan) dia (suami) tidak akan dibenarkan berkahwin semula sehingga dia bercerai dengan isterinya dan dapat perintah penceraian daripada Mahkamah Sivil, barulah pihak yang memeluk Islam itu dibenarkan berkahwin dengan orang Islam," katanya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said pada 21 Ogos lepas dipetik sebagai berkata Rang Undang-undang (RUU) Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2017 yang bertujuan meminda Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 atau (Akta 164), tidak merampas hak bidang kuasa Mahkamah Syariah terhadap mereka yang memeluk Islam atau mualaf.
Pindaan dalam RUU tersebut hanya memberikan peluang kepada mualaf membubarkan perkahwinannya melalui prosiding sivil kerana sebelum ini peruntukan sedia ada tidak terpakai kepada orang yang memeluk agama Islam (mualaf).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 15 2017
Tun Zaki Azmi menyarankan orang ramai supaya memahami perbezaan bidang kuasa antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah. - Gambar fail
Pihak dikaitkan dalam laporan berkaitan lesen kasino perlu ambil tindakan - PM Anwar
Laporan yang memetik satu sumber itu berkata perbincangan mengenai pemberian lesen itu masih di peringkat awal.
Niaga AWANI: Airasia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.fernandes, bursa Malaysia.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd, firma swasta dengan 35% pegangan milik
Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) telah melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April 2024.
#NiagaAWANI
Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) telah melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April 2024.
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MOT, KHAZANAH, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB
Jelas Perdana Menteri, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Vincent Tan tak terbabit rundingan lesen kasino Forest City
Berjaya Corp Bhd (BCorp) menafikan laporan yang mengaitkan Pengasasnya, Tan Sri Vincent Tan terbabit dalam rundingan berkaitan lesen kasino di Forest City, Johor.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh susulan operasi BNM
Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh pada Jumaat susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: IHPR meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024 berbanding 0.3 peratus pada Februari 2024, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Tiada kasino akan beroperasi di Johor - Onn Hafiz
Onn Hafiz berkata khabar angin yang tular itu berunsur sabotaj dan berniat jahat untuk mencemar imej Forest City dan Johor secara keseluruhannya.
Niaga AWANI: Nestle Malaysia naikkan harga 22 produknya mulai 1 Julai 2024 hingga 6 peratus
Nestle (Malaysia) Bhd dijadual menaikkan harga bagi 22 produknya mulai 1 Julai, menurut Gabungan Persatuan Peniaga Barangan Pelbagai Malaysia.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MyIPO mempelopori projek Agriculture 4.0
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) mengumumkan bahawa MyIPO telah dipilih oleh World Intellectural Property Organisation (WIPO) sebagai salah satu negara di Asian Tenggara (ASEAN) untuk mempelopori projek Agriculture 4.0.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Tun Zaki cadang kaji semula bidang kuasa mahkamah syariah, sivil
Walaupun kerajaan telah meminda Perlembagaan Persekutuan, ia masih tidak jelas dan menyebabkan ada kes syariah tertentu dibicarakan di Mahkamah Sivil.
Saya hanya akan bercakap berdasarkan fakta, bukan emosi - Hafiz Hamidun
Menerusi entri yang dimuat naik Hafiz kira-kira pukul 10 malam Isnin, dia memohon maaf sekiranya membuat ramai orang ternanti-nanti kenyataan balas daripadanya mengenai perkara tersebut.