awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun Zaki nafi audio tegur Dr Noor Hisham adalah dirinya

Astro Awani
Astro Awani
05/06/2021
05:24 MYT
Tun Zaki nafi audio tegur Dr Noor Hisham adalah dirinya
Tun Zaki Azmi menegaskan audio seorang individu menegur Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang tular di media sosial bukan dirinya. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi menegaskan audio seorang individu yang dikatakan menegur Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan tular di media sosial, bukan dirinya.
Beliau membuat penjelasan itu kepada Astro AWANI pada Sabtu.
"Bukan saya. Semua ini bohong.
"Semua yang kenal saya tahu itu bukan suara saya," katanya ringkas.
Audio berdurasi lebih 12 minit itu antara lain mendedahkan luahan seorang individu yang kononnya mirip suara Tun Zaki dengan menuduh kerajaan mempunyai agenda dalam pemberian vaksin serta mempertikai tindakan Dr Noor Hisham dalam memberi rawatan kepada pesakit COVID-19 di Malaysia.
Lelaki itu juga mempertikai fakta bahawa COVID-19 tiada ubat dan virus itu bukan pandemik.
Dia juga mendakwa kononnya ada ubat-ubat tertentu yang mampu menyembuhkan penyakit itu selain penggunaan vaksin.
Dakwaan dibuat lelaki itu sekali gus berbeza dengan keperibadian dan profesionalisme Tun Zaki Azmi dalam membicarakan sesuatu perkara.
Topic Berkaitan
#tun zaki azmi
#Bekas Ketua Hakim Negara
#nafi
#audio
#Tular
#media sosial
#Malaysia
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Noor Hisham Abdullah
#Astro
#Astro Awani
#COVID-19
#pandemik
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan