Hasrat seorang pekerja kilang untuk melangsungkan perkahwinan pada hujung bulan depan tidak kesampaian apabila tunangnya maut dalam nahas melibatkan sebuah bas ekspres di Kilometer 137.3, Lebuh Raya Utara-Selatan di Pagoh arah ke utara awal pagi tadi.
Mohd Hanizan Othman, 30, berkata beliau dan tunangnya Nor Saidatul Akmal Idris, 21, merancang untuk berkahwin semasa cuti sambutan Tahun Baru Cina pada 29 Jan depan.
"Segala persiapan perkahwinan di pihak perempuan termasuk kad jemputan kahwin sudah siap dicetak, cuma tunggu untuk diedarkan sahaja.
"Perkahwinan di pihak saya pula dirancang pada Mac depan," katanya kepada pemberita di Unit Forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini hari ini.
Mohd Hanizan dari Pontian berkata beliau dan Nor Saidatul Akmal merupakan rakan sekerja di sebuah kilang elektronik di Senai di mana mereka mula berkenalan lebih setahun lepas.
Beliau berkata tunangnya yang berasal dari Kota Tinggi menaiki bas berkenaan bersama seorang rakan wanitanya untuk menghadiri satu majlis perkahwinan di Negeri Sembilan esok.
"Kali terakhir saya berkomunikasi dengan Nor Saidatul Akmal ialah kira-kira 7 malam tadi menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS). Saya tidak menghantarnya ke Terminal Larkin Sentral kerana dia memberitahu akan menumpang kenderaan tunang rakannya," katanya.
Mohd Hanizan berkata beliau mula berasa tidak sedap hati apabila Nor Saidatul Akmal tidak menjawab beberapa panggilan telefon dan SMS yang dihantarnya sejak malam tadi.
Beliau pada mulanya mendengar berita mengenai kemalangan bas berkenaan dari seorang rakannya pagi tadi.
"Saya membuat keputusan untuk pergi ke Negeri Sembilan. Saya kemudiannya menerima panggilan telefon dari abang Nor Saidatul Akmal mengenai nahas itu kira-kira 11 pagi tadi," katanya.
Beliau berkata Nor Saidatul Akmal memberinya hadiah coklat dan bunga sempena sambutan hari jadinya pada 15 Dis lepas.
"Itulah hadiah terakhir yang saya terima daripadanya. Dia tidak pernah berbuat demikian sepanjang kami berkenalan," katanya.
Sementara itu ibu Nor Saidatul Akmal, Laila Kasbi, 61, berkata kali terakhir beliau berhubung dengan anaknya ialah melalui WhatsApp yang anaknya memaklumkan bas yang dinaikinya akan lewat sampai di Johor Bahru.
"Dia pesan pada mak cik suruh mak cik tidur dahulu sebab bas yang dia akan naik sepatutnya sampai di Terminal Larkin Sentral pada tengah malam, namun bas itu lambat dan dijangka sampai dalam pukul 1 pagi.
"Subuh tadi saya buat beberapa kali panggilan kepadanya tetapi tidak berjawab. WhatsApp saya pun dia tidak balas. Saya mulai risau," jelasnya.
Laila berkata beliau hanya mengetahui mengenai kemalangan itu melalui laporan berita di televisyen.
"Mak cik cuba buat panggilan pada rakannnya Nur Amira Izzaty Razip yang bersamanya tetapi dia juga gagal dihubungi," katanya yang kemudiannya menerima berita kemalangan itu daripada pihak polis.
Nor Saidatul Akmal merupakan anak bongsu daripada lima beradik dan tinggal di asrama kilang tempatnya bekerja sejak tiga bulan lepas, kata ibunya.
Nahas tersebut mengorbankan 14 orang termasuk pemandu bas sementara 16 lagi cedera.
Bas itu yang dalam perjalanan dari Johor Bahru menuju Kuala Lumpur dilapor terjunam ke dalam cerun sedalam 10 meter.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 24 2016
Hasrat seorang pekerja kilang untuk melangsungkan perkahwinan tidak kesampaian apabila tunangnya maut dalam nahas bas ekspres pagi tadi. - fotoBERNAMA
PRK Kuala Kubu Baharu: 'Punca DAP pertaruh calon Cina'
Sukar untuk meraih undi Melayu didakwa menjadi punca DAP mengekalkan strategi dengan mempertandingkan calon berbangsa Cina pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Pemandu peribadi ditahan belasah individu hingga pengsan
Seorang lelaki dibelasah sehingga tidak sedarkan diri dalam satu kejadian di tepi Jalan Memanda 9, Jalan Ampang, Ampang Jaya pada Jumaat.
Polis cari tiga individu simbah cat merah di restoran nasi kandar
Polis sedang mengesan tiga individu yang terlibat perbuatan khianat dengan melemparkan cat merah di sebuah restoran nasi kandar di Taman Machang Bubok Khamis lalu.
SPRM lancar bilik gerakan 24 jam
SPRM melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu.
Tiada tepung mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi Benzoil Peroksida melebihi paras yang dibenarkan.
Perintah notis berkaitan anak kepada individu disyaki
Dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan mereka dalam siasatan SPRM.
Empat maut kenderaan bertembung
Empat individu maut dalam satu kemalangan melibatkan dua kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu- Gua Musang di Kuala Krai.
RM40 juta diluluskan di peringkat jawatankuasa MITRA, belum dibelanja - Prabakaran
Sebanyak RM40 juta daripada RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah diluluskan di peringkat jawatankuasa.
Pengguna Facebook, Instagram luang 60% masa menonton video
Menurut Meta, kini pengguna meluangkan 60% daripada masa penggunaan di platform berkenaan dengan menonton video.
Rumah kebajikan warga emas dipukul tidak berdaftar - Nancy
Rumah kebajikan dihuni warga emas yang dipukul dengan kayu di Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah didapati tidak berdaftar dengan JKM.
Lelaki, bayi berusia 45 hari maut nahas dekat Pagoh
Motosikal ditunggang lelaki berusia 20 tahun itu dilapor terbabas sebelum dirempuh sebuah lagi motosikal dari arah belakang yang gagal mengelak.
Muar dilanda banjir kilat, satu PPS dibuka
Daerah Muar dilanda banjir kilat termasuk di Hospital Pakar Sultanah Fatimah yang menyebabkan kawasan letak kereta dinaiki air.
Lelaki hilang ditemui mati tergantung pada pokok
Polis menerima maklumat daripada seorang lelaki pada jam 1.05 tengah hari mengenai penemuan mayat seorang lelaki yang tergantung pada pokok dalam keadaan berpakaian lengkap.
Bayi 14 bulan lemas terlungkup dalam baldi rumah
Bayi malang itu ditemui terlungkup di dalam baldi berisi air oleh ibunya sekitar 1 tengah hari tadi selepas curiga terdengar bunyi paip air terbuka.
Tiada pengakuan baharu daripada pengasuh Naufal Amsyar
Tiada pengakuan baharu dibuat pengasuh yang ditahan berhubung kematian Naufal Amsyar Nabil Fikri, 10 bulan di rumah wanita itu di Tangkak.
Reman pengasuh Naufal Amsyar disambung tiga hari
Mahkamah Majistret Tangkak hari ini melanjutkan perintah reman selama tiga hari ke atas seorang wanita berhubung kes kematian bayi lelaki berusia 10 bulan yang mengalami kecederaan parah di kepala.
Akan tukar kertas siasatan selepas terima laporan bedah siasat
Polis akan menukar kertas siasatan kes kematian seorang bayi lelaki berusia 10 bulan kepada Seksyen 302 kerana membunuh selepas menerima laporan lengkap daripada Unit Forensik HPSJ.
Bayi 10 bulan retak tempurung, otak bengkak
Naufal Amsyar yang berusia 10 bulan mengalami keretakan pada tempurung dan otak membengkak disebabkan kecederaan dan bukan kemalangan.
'Syukur dia kembali dalam keadaan bernyawa walaupun begini rupa'
Siti Noorfadilah Yusofe meluahkan rasa syukur tak terhingga apabila anaknya kembali ke pangkuan dalam keadaan selamat.
Diculik selepas sahur, adik Nur Aisyah dijumpai dengan gigitan serangga
Bayi perempuan, Nur Aisyah Hasmizan yang dilaporkan diculik individu tidak dikenali selepas kediaman keluarganya di Kampung Parit Lanjut Sungai Terap, Muar, dipecah masuk pagi tadi, telah ditemui.