awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tune Hotel KLIA-KLIA2 dinobatkan Hotel Lapangan Terbang Terkemuka Asia 2020

Bernama
Bernama
06/11/2020
03:45 MYT
Tune Hotel KLIA-KLIA2 dinobatkan Hotel Lapangan Terbang Terkemuka Asia 2020
Tune Hotel KLIA-KLIA2 akan melancarkan pakej Hotel Lapangan Terbang Terkemuka Asia dengan menawarkan harga promosi dalam tempoh 12 bulan ini. - Foto www.klia2.info
KUALA LUMPUR:Tune Hotel Kuala Lumpur International Airport (KLIA-KLIA2) telah dinobatkan sebagai Hotel Lapangan Terbang Terkemuka Asia untuk tahun kedua berturut-turut oleh World Travel Awards (WTA).
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Ormond Group Gareth Lim berkata anugerah ini adalah antara pelbagai anugerah lain yang dimenangi kumpulan untuk tahun ini.
Ormond Group ialah syarikat induk Tune Hotel KLIA-KLIA2.
Lim berkata hotel itu telah mencapai kejayaan dengan mengalahkan pesaing terkemuka lain dalam kalangan kumpulan hotel antarabangsa.
"Tahun 2020 merupakan tahun yang sukar untuk industri hospitaliti tetapi saya amat berbangga dengan usaha dan ketekunan pasukan kami dalam menyediakan perkhidmatan sebaik mungkin kepada para tetamu," kata beliau.
Sementara itu, Tune Hotel KLIA-KLIA2 akan melancarkan pakej Hotel Lapangan Terbang Terkemuka Asia dengan menawarkan harga promosi untuk bilik dan perkhidmatan di hotel berkenaan dalam tempoh 12 bulan ini.
"Tetamu berulang dan pelawat kali pertama boleh mendapatkan harga bilik serendah RM180 semalam, 20 peratus diskaun untuk makanan dan minuman dan naik taraf ruang sedia ada ke kategori bilik premium," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KLIA
#KLIA2
#tune hotel
#Gareth Lim
#hotel
#lapangan terbang
#Hotel Lapangan Terbang Terkemuka
#Asia
#Ormond Group
#hospitaliti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan