KUANTAN: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang masih menunggu laporan daripada pihak hospital bagi mengetahui punca kematian seorang pekerja am ladang kelapa sawit di Mentakab, Temerloh yang diserang kumpulan gajah liar, Selasa lalu.
Pengarah Perhilitan Pahang, Rozidan Md Yasin berkata, mangsa merupakan lelaki berusia 55 tahun mengalami patah pergelangan kaki kiri dan kecederaan pada bahagian badan menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh.
Menurutnya, mangsa dimaklumkan meninggal dunia jam 1.21 pagi Jumaat ketika sedang menerima rawatan di HoSHAS.
"Kita masih menunggu laporan daripada HoSHAS berhubung punca sebenar kematian.
"Sehingga kini saya tidak dapat mengesahkan punca kematian mangsa," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
Pada Selasa lalu, mangsa dipercayai dipijak gajah liar di kawasan ladang tempatnya bertugas pada jam 8 pagi.
Susulan itu, Perhilitan yang menerima aduan pada jam 4.15 petang segera membuat siasatan berhubung kemalangan terbabit.
Rozidan menjelaskan, siasatan mendapati ladang tempat lelaki itu bekerja terletak bersempadan dengan Hutan Simpan Kemasul.
Katanya, berdasarkan rekod jabatan di kawasan terbabit terdapat antara 35 hingga 40 gajah yang bergerak dalam beberapa kumpulan di hutan simpan berkenaan.
"Kita percaya terdapat sekurang-kurangnya tujuh gajah bergerak dalam satu kumpulan yang menyerang mangsa sebelum dia dikejarkan ke HoSHAS oleh pihak ladang tempatnya bekerja.
"Kakitangan Perhilitan Temerloh kini membuat pemantauan situasi pergerakan kumpulan gajah di situ bagi rancangan tindakan lanjut selepas ini," katanya.
Sehubungan itu, Rozidan menasihatkan kepada mana-mana pihak supaya tidak cuba bertindak dengan tujuan menghalau dan menghalang gajah liar kerana perbuatan itu boleh mengundang perkara yang tidak diingini. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jul 09 2022
Mangsa dilaporkan meninggal dunia jam 1.21 pagi Jumaat ketika sedang menerima rawatan di HoSHAS. -Ihsan orang awam
Iran buka semula ruang udara, tarik balik sekatan penerbangan
Iran telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Lapan anggota FRU didakwa simpan lapan bahagian badan pelanduk tanpa lesen
Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda tidak melebihi RM50,000, dipenjara tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Tapir terlepas dari Zoo Johor berjaya diselamatkan
Makluman seekor tapir terlepas dari Zoo Johor berkeliaran di Jalan Gertak Merah diterima APM pada jam 3.15 pagi.
Anggota Perhilitan cedera dirempuh gajah
Mangsa yang berusia 50-an tersebut mengalami kecederaan di bahagian belakang badan serta dada.
WCE perkukuh kerjasama dengan Perhilitan pastikan keselamatan pengguna, ekosistem
WCE sangat komited dalam memastikan ekosistem alam sekitar kekal terpelihara serta keselamatan pengguna lebuh raya terjaga.
Bangkai harimau dahan ditemui mati di Lebuhraya WCE
Kejadian dipercayai merupakan kemalangan pertama melibatkan hidupan liar di Seksyen 11 WCE selepas dibuka kepada pengguna 12 Mac lalu.
Gajah sesat terlibat kemalangan berjaya ditangkap - Polis
Gajah itu ditangkap Perhilitan Besut di sekitar Telaga Papan pada kira-kira jam 1 tengah hari tadi.
Pengurus resort didenda simpan hidupan liar tanpa lesen, permit
Seorang pengurus resort didenda RM2,500 atas tiga pertuduhan menyimpan hidupan liar dilindungi tanpa lesen dan permit.
Perhilitan pindah gajah liar di Besut
Perhilitan berjaya memindahkan seekor gajah liar dalam satu operasi pemindahan di Kampung Dendong, Tembila, di Jertih hari ini.
Perhilitan tangkap gajah sesat di Jertih
Seekor gajah jantan yang berkeliaran di beberapa kampung di sekitar Jabi dan Kota Putera sejak empat hari lepas berjaya ditangkap oleh kakitangan Perhilitan Terengganu petang semalam.
Gajah sesat jauh dari hutan, masuk kampung berdekatan pantai
Penduduk kampung di sekitar daerah Besut terkejut dan berada dalam ketakutan kerana kehadiran seekor gajah yang dipercayai tersesat dari Hutan Simpan Hulu Besut sejak Selasa lepas.