awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tunggu masa rumah ditelan laut

Sinar Harian
Sinar Harian
26/11/2023
02:00 MYT
Tunggu masa rumah ditelan laut
Wan Mohd Herman menunjukkan rumah yang dtinggalkan dan mula runtuh. - Foto Sinar Harian
KEMAMAN: Penduduk di Kampung Geliga Besar dekat sini meluahkan rasa bimbang memikirkan nasib mereka yang bakal kehilangan tempat tinggal kerana diancam hakisan akibat dibadai ombak besar.
Tinjauan Sinar Harian di lokasi berkenaan mendapati beberapa rumah berhampiran pantai sudah mula runtuh, selain dibiarkan tidak berpenghuni susulan penduduk sudah meninggalkan kediaman tersebut sejak lapan tahun lepas.
Keadaan rumah yang ditinggalkan dan mula runtuh berhampiran pantai di Kampung Geliga Besar. - Foto Sinar Harian
Keadaan rumah yang ditinggalkan dan mula runtuh berhampiran pantai di Kampung Geliga Besar. - Foto Sinar Harian
Menurut seorang penduduk, Wan Mohd Herman Wan Ali, 37, apabila masuk musim tengkujuh akan berlaku ombak besar sehingga menyebabkan banyak rumah berhampiran pantai dinaiki air serta mengalami kerosakan dan runtuh.
"Dahulu memang banyak rumah berhampiran pantai ini dan dianggarkan lebih 20 rumah, namun kebanyakan sudah roboh akibat hakisan. Setakat ini rumah saya masih ada namun ia sudah mengalami keretakan.
"Melihat keadaan sekarang ini, tidak mustahil dalam masa tiga tahun lagi rumah saya juga akan lenyap dan ditelan laut jika tiada sebarang tindakan daripada mana-mana pihak berkaitan untuk selesaikan masalah ini," katanya kepada Sinar Harian.
Wan Mohd Herman berharap kerajaan dapat membina benteng penahan ombak bagi memastikan keselamatan rumah penduduk.
Keadaan rumah yang roboh akibat dibadai ombak besar. - Foto Sinar Harian
Keadaan rumah yang roboh akibat dibadai ombak besar. - Foto Sinar Harian
"Jika tiada sebarang tindakan maka tidak mustahil kebanyakan rumah di sini musnah akibat dipukul ombak besar," ujarnya.
Seorang lagi penduduk, Faiz Halim, 36, berharap kerajaan negeri serta pusat dapat membantu menyelesaikan masalah yang membelenggu penduduk sejak sekian lama itu terutama ketika berlaku fenomena air pasang besar di kawasan berkenaan.
Faiz berharap kerajaan dapat membantu menyelesaikan masalah yang membelenggu penduduk sejak sekian lama itu. - Foto Sinar Harian
Faiz berharap kerajaan dapat membantu menyelesaikan masalah yang membelenggu penduduk sejak sekian lama itu. - Foto Sinar Harian
"Disebabkan masalah ini, banyak rumah yang retak dan hampir nak roboh. Jadi ramai orang yang pernah duduk di bahagian depan dan hampir dengan pantai sudah pindah ke tempat lain.
"Kebanyakan rumah di kawasan itu sudah kosong dan sudah tidak didiami.
"Pernah dahulu terserempak ada orang datang ukur nak buat benteng tapi sekarang tak ada apa-apa tindakan pun, kasihanlah kepada penduduk sebab kami bukan orang senang," ujarnya.
Berkongsi pandangan sama, penduduk, Sapinah Sapei, 45, berkata, dia hidup dalam kebimbangan selepas mengetahui rumah yang didiaminya itu akan dinaiki air pada musim tengkujuh.
Sapinah kini sedang ikhtiar mencari tempat tinggal lain yang lebih selamat. - Foto Sinar Harian
Sapinah kini sedang ikhtiar mencari tempat tinggal lain yang lebih selamat. - Foto Sinar Harian
"Saya baru berpindah ke rumah sewa ini sejak tiga bulan lepas. Apabila tahu rumah ini akan dimasuki air jika berlaku air pasang besar, saya sudah mula risau dan takut.
"Rumah ini pun mula retak dan takut nanti sedar-sedar sahaja dari tidur, rumah sudah ditenggelami air. Jadi saya buat keputusan untuk berpindah secepat mungkin dan kini sedang ikhtiar cari tempat tinggal lain yang lebih selamat," katanya. - Sinar Harian
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#monsun timur laut
#musim tengkujuh
#ombak besar
#hakisan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan