awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tunisia larang pemakaian niqab

Agensi
Agensi
06/07/2019
04:25 MYT
Tunisia larang pemakaian niqab
Kerajaan Tunisia mengumumkan larangan memakai niqab di pejabat kerajaan dan tempat awam atas faktor keselamatan, pada Jumaat. Gambar fail
Kerajaan Tunisia mengumumkan larangan memakai niqab di pejabat kerajaan dan tempat awam atas faktor keselamatan, pada Jumaat.
Perdana Menteri, Youssef Chahed dilaporkan telah menandatangani pekeliling kerajaan yang turut melarang pakaian yang menutup muka di mana-mana institusi awam.
Larangan itu dibuat berikutan kerajaan Tunisia tidak mahu kejadian pada 27 Jun daripada berulang kembali iaitu tragedi pengebom berani mati yang menyebabkan dua maut manakala tujuh cedera.
Sebelum ini, pada Februari 2014, menteri dalam negeri pernah mengeluarkan arahan untuk meningkatkan kawalan terhadap pemakaian niqab yang merupakan sebahagian daripada langkah antikeganasan bagi mengelakkan ia digunakan untuk menyamar dan melarikan diri.
Selain Tunisia, terdapat beberapa lagi buah negara yang turut mengambil langkah sama melarang pemakaian niqab di tempat awam.
Antaranya Kanada, Denmark, Norway, Jerman, Perancis dan Itali.
Perancis sebagai contoh mengeluarkan larangan kepada rakyatnya mengenakan niqab pada tahun 2010.
Topic Berkaitan
#Itali
#kerajaan
#niqab
#purdah
#Tunisia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan