awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan mahu setiap kampung dibangunkan ke tahap terbaik
Cubaan seludup mata wang asing RM2.4 juta dalam bungkusan pakaian baharu gagal
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tunku Mahkota Ismail cadang gaji minimum RM4,000 untuk lepasan universiti di JS-SEZ

Bernama
Bernama
08/07/2025
13:46 MYT
Tunku Mahkota Ismail cadang gaji minimum RM4,000 untuk lepasan universiti di JS-SEZ
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menasihatkan agar syarikat-syarikat terlibat bersedia menawarkan gaji minimum sebanyak RM4,000 bagi lepasan universiti di kawasan JS-SEZ. - Foto Facebook HRH Crown Prince of Johor
JOHOR BAHRU: Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menasihatkan agar syarikat-syarikat terlibat bersedia menawarkan gaji minimum sebanyak RM4,000 bagi lepasan universiti di kawasan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
Baginda bertitah langkah itu bagi menjamin kesejahteraan tenaga kerja serta menarik bakat bernilai tinggi.
"Syarikat-syarikat sedia ada juga digalakkan untuk meneliti semula struktur gaji dan mempertimbangkan kenaikan gaji minimum buat para pekerja tempatan mereka di Johor.
"Saya turut menggesa kerajaan Persekutuan agar satu dasar atau hala tuju jelas dapat disediakan bagi memastikan isu hijrah cendekiawan (brain drain) di Johor dapat diatasi," titah baginda menerusi hantaran di Facebook.
Kawasan JS-SEZ merangkumi beberapa lokasi di Johor termasuk Iskandar Malaysia, yang dilihat berpotensi besar menarik pelaburan asing susulan kedudukannya yang strategik dan hubungan rapat dengan Singapura.
Cadangan peningkatan kadar gaji minimum itu juga selari dengan aspirasi Johor untuk menjadi hab ekonomi berpendapatan tinggi, sejajar perkembangan pesat infrastruktur dan pelaburan asing yang kini digiatkan di wilayah selatan tanah air.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tunku mahkota ismail
#gaji minimum
#JS-SEZ
#lepasan universiti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan