awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Myanmar jalankan pilihan raya pertama selepas lima tahun di bawah pemerintahan tentera
Empat warga Sepanyol hilang selepas bot karam di perairan Indonesia
Perniagaan Jepun terjejas akibat pengurangan pelancong China
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tunku Mahkota Ismail terima mengadap penerima Biasiswa Orang Muda Johor

Ernalisa Othman
Ernalisa Othman
12/08/2025
10:00 MYT
Tunku Mahkota Ismail terima mengadap penerima Biasiswa Orang Muda Johor
Sejak diperkenalkan, biasiswa ini telah memberi peluang kepada ramai pelajar cemerlang daripada pelbagai latar belakang untuk melanjutkan pelajaran di universiti terkemuka. - Foto FB HRH Crown Prince of Johor
JOHOR BAHRU: Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Ibrahim, Pemangku Sultan Johor berkenan menerima mengadap tiga penerima Biasiswa Orang Muda Johor (BOMJ) di Istana Bukit Serene di sini pada Selasa.

Ringkasan AI
  • Tunku Mahkota Ismail menerima mengadap tiga penerima BOMJ di Istana Bukit Serene, sebagai tanda sokongan moral dan motivasi kepada anak muda Johor yang berpotensi tinggi.
  • Biasiswa Orang Muda Johor (BOMJ) merupakan inisiatif Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) yang menaja pelajar cemerlang lepasan SPM untuk melanjutkan pengajian di 20 universiti terbaik dunia.
  • Objektif utama BOMJ ialah membina modal insan Johor bertaraf antarabangsa, dengan penekanan kepada bidang strategik seperti kejuruteraan, ekonomi, dan hubungan antarabangsa.

Penerima biasiswa berkenaan ialah Muhammad Fauzi Syahmi Mohd Zain, Laxmann Muralitharan dan Lee Chong Ming.
Biasiswa Orang Muda Johor merupakan inisiatif Kerajaan Negeri yang dilancarkan pada 2021 yang bertujuan membiayai pengajian anak muda Johor yang berpotensi tinggi dalam pelbagai bidang, sama ada di dalam atau luar negara, bagi melahirkan generasi pemimpin masa hadapan.
Sejak diperkenalkan, biasiswa ini telah memberi peluang kepada ramai pelajar cemerlang daripada pelbagai latar belakang untuk melanjutkan pelajaran di universiti terkemuka, sekali gus memperkukuh modal insan negeri Johor.
Majlis mengadap itu melambangkan komitmen berterusan Institusi Diraja Johor dalam memberi sokongan moral dan motivasi kepada penerima biasiswa untuk terus menabur bakti kepada negeri selepas menamatkan pengajian.
Turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Topic Berkaitan
#Tunku Ismail terima mengadap
#Biasiswa Orang Muda Johor
#tunku mahkota ismail
#TMJ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan