Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan berhubung dakwaan mengenai sebuah syarikat kontraktor landskap yang telah membuat tuntutan palsu terhadap beberapa projek landskap bernilai lebih RM80 juta di Putrajaya.
Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Simi Abdul Ghani ketika dihubungi memberitahu, pihaknya telah menerima laporan berkaitan dakwaan terbabit dan kertas siasatan telah dibuka.
Katanya, projek-projek terbabit meliputi projek landskap di kediaman rasmi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri serta premis-premis kerajaan di sekitar Putrajaya.
“Syarikat tersebut dikatakan tidak menyelenggara dan melakukan kerja dengan sempurna, namun membuat tuntutan penuh berkaitan projek tersebut.
“Malah maklumat juga mendapati syarikat berkenaan tidak ada kapasiti kerana tidak memiliki tapak untuk menanam bunga bagi landskap tersebut,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Katanya, syarikat tersebut telah dianugerahkan kontrak-kontrak terbabit antara 2016 hingga 2017 untuk menyelenggara dan membekal pekerja-pekerja berkaitan.
Katanya lagi, SPRM telah pun merampas beberapa dokumen berkaitan di pejabat syarikat itu pada Rabu.
"Syarikat itu juga didakwa tidak menyediakan pekerja secukupnya bagi menyelenggara projek-projek itu namun mengemukakan tuntutan dengan jumlah melebihi bilangan sebenar perkerja yang dibekalkan," katanya lagi.
Astro Awani
Thu Jun 28 2018

Sebuah syarikat kontraktor landskap yang telah membuat tuntutan palsu terhadap beberapa projek landskap bernilai lebih RM 80 juta di Putrajaya - Gambar fail

Pelaksanaan hari rehat mingguan anggota bomba belum diputuskan - KPPA
Pelaksanaan hari rehat mingguan (HRM) untuk anggota bomba masih belum diputuskan dan memerlukan penelitian lanjut, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

SPM 2024: Ahmad Zahid ucap tahniah, bangga MRSM catat prestasi cemerlang
Ahmad Zahid berkata gred purata (GP) oleh calon SPM daripada MRSM meningkat kepada 1.892 berbanding 2.392 pada tahun sebelumnya.

Tukang jahit tidak sangka jadi 'jutawan segera' menerusi BSN SSP
Roswani Ismail, 56, terkejut apabila menerima panggilan daripada pegawai BSN pada hari keempat sambutan Aidilfitri, 3 April lalu.
Kira-kira 80% kakitangan di Putrajaya obesiti - KPPA
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dedahkan kira-kira 80 peratus penjawat awam di Putrajaya mengalami masalah obesiti dan berat badan berlebihan.

Ada elemen pengabaian oleh ibu bapa Zayn Rayyan - Pegawai penyiasat
Seorang pegawai penyiasat dalam kes Allahyarham Zayn Rayyan memberitahu mahkamah terdapat elemen pengabaian yang timbul semasa siasatannya terhadap ibu bapa kanak-kanak itu.
Penggunaan AI perlu disertai sikap tanggungjawab
Datuk Seri Anwar tegaskan AI tidak boleh menggantikan tanggungjawab editorial dan kawalan kualiti oleh manusia, kata Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah.

Lima penyamun 'mengganas' di Kota Tinggi ditahan
Polis merampas semula barangan samun termasuk rantai tangan emas dan telefon bimbit, serta senjata parang dan pakaian yang digunakan semasa kejadian.

95 peratus bencana di Indonesia berpunca dari faktor hidrometeorologi
Amaran itu dikeluarkan ketika Pertubuhan Meteorologi Sedunia mengisytiharkan 2024 sebagai tahun paling panas pernah direkodkan.
Tiada layanan dua darjat isu Jalur Gemilang, siasat semua pihak
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim tegaskan tiada layanan dua darjat dalam isu Jalur Gemilang dan siasatan dilakukan tanpa mengira pihak.

Pengusaha babi di Ayer Kuning beroperasi ikut SOP - Ahmad Zahid
Beliau berkata pengusaha berkenaan sudah mendapat lesen mengusahakan ternakan mereka sejak sekian lama.

Mengimbas kembali cubaan rampasan kuasa khianat 2016 di Turkiye
Banyak institusi dan organisasi negara, terutama Majlis Agung Kebangsaan Turkiye, Kompleks Presiden dan Direktorat Polis Wilayah Ankara, dibom.

Kes bunuh bekas isteri: Warga Amerika Syarikat terlepas tali gantung
Mahkamah memutuskan perayu tidak mempunyai niat untuk membunuh bekas isterinya.

Bukan 'Datuk' yang saya buru - Pandelela
Gelaran Datuk tiada dalam buruan ratu terjun negara, Pandelela Rinong.

Bekas pengurus besar PPNT didenda RM5,000 kemuka resit palsu
Che Sa'adon didakwa menggunakan resit bertarikh 17 Sept 2016 bagi pembelian ikan kerapu hibrid berjumlah RM600 di pejabat PPNT pada Sept 2016.

RM6 bilion diperlukan bagi program restorasi hutan terosot - Muhyiddin
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa kerajaan amat serius dalam melaksanakan program restorasi hutan terosot di seluruh negara.

MAVCOM terima 1,403 tuntutan bayaran balik berkaitan COVID daripada pengguna
MAVCOM menerima 1,403 permintaan bayaran balik berkaitan dengan COVID-19 daripada pengguna pada separuh kedua 2020.

"Gunung tinggi sanggup aku daki..", padahal lelaki ini menipu pernah takluk Gunung Everest
Ia selepas satu siasatan dilakukan bagi menentukan kebenaran sama ada mereka benar-benar mendaki gunung tersebut.

Pilihan Raya Sarawak mungkin tahun depan - Dr Sim
Mengadakan pilihan raya ketika kes COVID-19 masih meningkat hanya akan membahayakan nyawa rakyat Sarawak

Taman tema didenda lebih RM10 juta, sebabkan kematian empat pengunjung
Dreamworld didenda RM10.4 juta susulan kematian empat pengunjung yang semasa melakukan aktiviti air Thunder River Rapids pada 2016.

Rosmah 'biaya' cybertroopers RM100,000 sebulan, pantau berita negatif termasuk isu beg tangan mahal
Datuk Rizal Mansor mendedahkan kepada Mahkamah Tinggi bahawa isteri bekas Perdana Menteri itu mengarahkannya menubuhkan satu pasukan cybertroopers.