KUCHING: Tuntutan China di Laut China Selatan seperti digariskan dalam 'Peta Standard China Edisi 2023', tidak mempunyai kesan terhadap Sarawak.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata peta tersebut tidak mempunyai ikatan perundangan atau kuasa terhadap Malaysia, dan ia tidak selaras dengan undang-undang laut antarabangsa.
Beliau berkata pendirian Sarawak mengenai perkara itu adalah sama seperti kerajaan Persekutuan.
"Peta itu tidak jejaskan kami. Terdapat undang-undang laut antarabangsa yang anda (negara) perlu patuhi. Undang-undang ini di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan China merupakan negara anggota PBB.
"Isu utamanya di sini ialah kawasan (tuntutan) itu juga merupakan kawasan Malaysia. Peta itu tidak mengikat di peringkat antarabangsa," katanya selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), di sini hari ini.
Semalam, Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kerajaan akan menghantar nota bantahan kepada China berhubung tuntutan China ke atas Laut China Selatan, seperti yang digariskan dalam 'Peta Standard China Edisi 2023', yang turut meliputi kawasan maritim Malaysia.
Pada 30 Ogos, Kementeru Luar dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Malaysia tidak mengiktiraf tuntutan China di Laut China Selatan, seperti yang digariskan dalam peta tersebut, dan peta itu tidak mengikat Malaysia.
Kementerian Sumber Asli China pada Isnin mengeluarkan 'Peta Standard China Edisi 2023' yang turut meliputi kawasan maritim zon ekonomi eksklusif (EEZ) Malaysia berhampiran Sabah dan Sarawak, Brunei, Filipina, Indonesia dan Vietnam, selain beberapa kawasan di India.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 01 2023
Abang Johari berkata pendirian Sarawak mengenai perkara itu adalah sama seperti kerajaan Persekutuan. - Gambar fail/Bernama
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
SPRM lancar bilik gerakan PRK Kuala Kubu Baharu
SPRM melancarkan bilik gerakan, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.
WEF anjur mesyuarat khas di Arab Saudi ketika suhu geopolitik Asia Barat memanas
WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28-29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Kerajaan rangka hala tuju beri lebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak
Kerajaan akan merangka hala tuju bagi memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang kepada kanak-kanak di negara ini.
Tiada tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar dibenarkan - KKM
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi paras yang dibenarkan di bawah undang-undang.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Menurut Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright, pihaknya akan memaklumkan perkembangan terbaharu kepada semua delegasi terlibat sekiranya tarikh akhir pelayaran ditetapkan.
Bytedance enggan jual TikTok di Amerika Syarikat
BYTEDANCE kini mengatakan mereka tidak akan menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat (AS).
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Malaysia tuntut akauntabiliti atas pencabulan undang-undang antarabangsa oleh Israel
Malaysia menuntut akauntabiliti atas pencabulan jelas Israel ke atas undang-undang antarabangsa dalam tindakannya di Gaza.
Undang-undang antarabangsa tidak dipatuhi di Gaza - Guterres
Guterres menggesa semua pihak melaksanakan gencatan senjata dan menghantar bantuan kemanusiaan segera di wilayah Palestin itu.
Gaza tidak boleh diselamatkan hanya dengan kata-kata dan retorik - MAPIM
Gaza tidak boleh diselamatkan hanya dengan kata-kata dan retorik, kata Presiden MAPIM Mohd Azmi Abdul Hamid.
Hospital boleh jadi sasaran sah tentera?
Israel menyatakan operasi itu tidak melanggar garis panduan undang-undang antarabangsa.
Hormati undang-undang antarabangsa, kemerosotan multilateralisme perlu ditangani
Tiba masanya kemerosotan dan hakisan terhadap aspek multilateralisme serta rasa hormat terhadap undang-undang antarabangsa ditangani.
Tentera Israel berperang ikut undang-undang antarabangsa, kata Netanyahu
Menurut Netanyahu, perang antara Israel dan Hamas adalah pertempuran peradaban dan kekejaman.
MAPIM mahu Anwar teruskan perjuangkan Palestin tanpa gentar, ikrar berdiri teguh
MAPIM pada Rabu menyokong ketegasan Anwar yang lantang menyuarakan hak Palestin dan mengkritik negara barat yang bersikap hipokrit dalam memperjuangkan kebebasan Palestin.
Enam negara sekutu seru Israel patuh undang-undang antarabangsa
Pemimpin AS, UK, Kanada, Perancis, Itali dan Jerman mahu melihat "penyelesaian politik dan keamanan yang tahan lama" di Asia Barat.
Nilai situasi kami dengan hati nurani, Duta Palestin desak komuniti antarabangsa
Masyarakat antarabangsa tidak bersikap adil dalam tindak balas terhadap Palestin dan rakyatnya, dalam perjuangan menuntut kemerdekaan dan kebebasan dari kekejaman rejim Israel.
Tuntutan China dalam peta tidak jejaskan Sarawak - Abang Jo
Tuntutan China di Laut China Selatan seperti digariskan dalam 'Peta Standard China Edisi 2023', tidak mempunyai kesan terhadap Sarawak.