KOTA KINABALU: Perjuangan lima dekad mengenai tuntutan oleh kerajaan Sabah akhirnya tercapai, hasil perbincangan 'mesra dan wajar' antara negeri dengan Kementerian Kewangan baru-baru ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.
Beliau berkata Kementerian Kewangan Persekutuan dan negeri memberi taklimat kepada Kabinet masing-masing pada Rabu mengenai keputusan mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Bersama (JCC) mengenai semakan geran tahunan di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan antara Kementerian Kewangan Persekutuan dengan negeri.
Difahamkan, kedua-dua pihak telah mengesahkan semua resolusi, kata Ongkili yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu, dalam kenyataan di sini pada Rabu.
Dalam ucapan tahniah kepada kedua-dua pihak atas perbincangan mesra dan wajar itu, walaupun kadangkala wujud perselisihan terhadap tuntutan undang-undang dan hak perlembagaan masing-masing, Ongkili berkata beliau amat berbangga dengan kerajaan Sabah atas kesungguhan dan kerja keras dalam memperjuangkan haknya.
"Sabah akan menerima peningkatan hampir lima kali ganda dalam geran tahunan, iaitu lebih dua kali ganda jumlah yang dijanjikan oleh kerajaan Pakatan Harapan pada masa itu kepada kerajaan pimpinan parti Warisan.
"Ini membuktikan keupayaan dan kapasiti kerajaan negeri GRS (Gabungan Rakyat Sabah) untuk mempertahankan hak Sabah dan memelihara hubungan baik Persekutuan-negeri bagi memastikan kemakmuran ekonomi rakyat Sabah," katanya.
Ongkili yang turut berada pada mesyuarat Isnin lepas di sini bagi pihak Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) mendedahkan formula geran baharu akan ditandatangani dan dirasmikan bersama oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor pada mesyuarat MKMA63 akan datang, yang dijadualkan pada awal bulan depan.
Mesyuarat JCC itu dipengerusikan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bagi pihak kerajaan Persekutuan manakala Menteri Kewangan II Sabah Datuk Seri Masidi Manjun mengetuai pasukan Sabah yang terdiri daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong, Peguam Besar Sabah Datuk Nor Asiah Mohd Yusof, penasihat undang-undang dan pegawai kanan kewangan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 16 2022
Ongkili berkata, difahamkan kedua-dua pihak telah mengesahkan semua resolusi. -Gambar fail/Bernama
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
[TERKINI] Suspek sudah didakwa atas cubaan membunuh
Penembak itu bertindak bersendirian dan pernah mengambil bahagian dalam protes antikerajaan.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Wanita warga emas maut dilanggar kereta mengundur
Seorang wanita warga emas meninggal dunia dilanggar keretanya sendiri yang bergerak dalam keadaan mengundur, dipercayai akibat terlupa menarik brek tangan.
Perodua Masters: Hampir 300 pemain bakal berentap dalam edisi 2024
Biarpun pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 sudah berakhir, namun kejohanan itu tetap berjaya menarik penyertaan bintang dalam Top10 ranking dunia.
Sistem pendidikan harus di depan, terajui digitalisasi
Apa yang dibimbangi ketika ini ialah jika sistem pendidikan mampu bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan khususnya dalam teknologi digital.
Lebih 1,000 individu ditahan di Kelantan
Polis menahan sejumlah 1,488 individu atas pelbagai kesalahan dadah dalam Operasi Tapis Bersepadu di seluruh Kelantan bagi tempoh 29 April hingga 15 Mei.
Ongkili bercuti, Joachim pemangku Presiden PBS bermula 1 Jun
Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili akan mula bercuti daripada memegang jawatan tertinggi parti itu bermula 1 Jun.
Maximus Ongkili dilantik Pengerusi Suruhanjaya Tenaga Sabah
Datuk Seri Maximus Ongkili dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Tenaga Sabah, berkuat kuasa hari ini.
Maximus Ongkili kekal sebagai Presiden PBS
Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Bersatu Sabah (PBS) hari ini sebulat suara mengundi untuk mengekalkan Datuk Seri Maximus Ongkili bagi terus menerajui parti itu sebagai Presiden.
PBS, PH sokong rang undang-undang antilompat parti di DUN Sabah
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Pakatan Harapan (PH) akan menyokong rang undang-undang anti lompat parti apabila ia dibentangkan pada Persidangan DUN Sabah.
Hanya EGM yang boleh tentukan keabsahan Hajiji sebagai Pengerusi GRS - Penganalisis
Jelas Syahruddin keabsahan kedudukan Hajiji perlu dijustifikasikan melalui Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) bagi mengembalikan keyakinan dalam anggota gabungan dan rakyat negeri itu.
GRS gugurkan keanggotaan Bersatu pada 9 Dis lalu, putuskan Hajiji kekal Pengerusi
Mesyuarat turut memutuskan gabungan itu menyertai Kerajaan Perpaduan atas komitmen membina kerajaan yang stabil.
Penstrukturan semula PBS, fokus ke arah generasi muda
Parti bercadang untuk melaksanakan program secara penglibatan langsung golongan muda dalam peranan sebagai pemimpin.
PRU15: PBS akan terus perjuang nasib rakyat, walau hanya menang satu kerusi
Datuk Seri Maximus Ongkili berkata, PBS akan terus bersama-sama menjadikan Dewan Rakyat sebagai platform untuk memajukan Sabah.
PRU15: Selepas 27 tahun, Maximus Ongkili tewas di Kota Marudu
Wetrom memperolehi undi sebanyak 24,318, sementara Ongkili meraih 16,144 undi dalam saingan enam penjuru.
PRU15: Saya telah tunaikan tanggungjawab, kini giliran anda - Ongkili
Ongkili yang juga merupakan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) dalam misi mempertahankan kerusi Kota Marudu bagi penggal ketujuh kali ini atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS).