Skip to main content

Malaysia

Tuntutan palsu: ADUN Terengganu ditahan reman

51548048159_DIREMAN.jpg
Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bergelar Datuk direman selama tiga hari  bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu bernilai RM500,000.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar, Noradila Ab Latif  bermula Isnin.

Menurut sumber, suspek berusia 54 tahun itu dikatakan mengemukakan tuntutan berjumlah RM500,000 kepada sebuah Pejabat Daerah dan Tanah di sebuah daerah bagi perbelanjaan 32 program.

Bagaimanapun  program itu dipercayai tidak dilaksanakan.

Perbuatan itu dilakukan sekitar Mei pada tahun lalu.


Terdahulu, suspek ditahan ketika dipanggil memberi keterangan  di pejabat SPRM cawangan Terengganu kira-kira jam 5 petang Ahad.

Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Sebelum ini, seorang pegawai daerah berusia 59 tahun dan pengerusi sebuah majlis belia berusia 38 tahun turut ditahan pada minggu lalu bagi membantu siasatan kes sama.

Advertisement

Must Watch Video