awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan

Bernama
Bernama
10/02/2026
01:20 MYT
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Empat pegawai sebuah badan berkanun Persekutuan dan dua pekerja agensi pelancongan ditahan SPRM Sabah malam tadi, bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu tiket penerbangan bernilai kira-kira RM1.3 juta.
KOTA KINABALU: Empat pegawai sebuah badan berkanun Persekutuan dan dua pekerja agensi pelancongan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah malam tadi, bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu tiket penerbangan bernilai kira-kira RM1.3 juta.
Menurut sumber, keenam-enam suspek terdiri daripada dua lelaki dan empat wanita berusia lingkungan 30-an hingga 50-an itu ditahan kira-kira 9.30 malam di pejabat SPRM Sabah, ketika hadir memberi keterangan.
Penahanan tersebut dibuat susulan siasatan terhadap penglibatan mereka dalam mengemukakan tuntutan palsu berkaitan pembelian tiket kapal terbang menggunakan waran perjalanan udara.
"Siasatan awal mendapati butiran penerbangan disyaki telah dipalsukan, manakala tiada tiket penerbangan sebenar dibekalkan oleh syarikat berkenaan kepada pegawai dan kakitangan jabatan tersebut," menurut sumber itu.
Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 kerana mengemukakan dokumen yang mengandungi butiran palsu.
"Permohonan reman terhadap kesemua suspek akan dibuat di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan," katanya.
Beliau turut memaklumkan bahawa beberapa siri tangkapan susulan dijangka dibuat berdasarkan perkembangan siasatan kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#pegawai badan berkanun
#tuntutan palsu
#tiket penerbangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan