Bekas Ketua Wanita PKR Haniza Mohd Talha yakin tidak ada tindakan boleh diambil terhadap beliau dan 18 lagi wakil rakyat PKR yang dikatakan berdepan surat tuntutan RM10 juta daripada parti itu kerana didakwa berpaling tadah.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya itu, tuntutan terbabit juga bersifat ultra vires iaitu melangkaui bidang kuasa.
"Saya nampak tindakan tersebut seperti ultra vires yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak kebebasan kepada mana-mana warganegara untuk menganggotai mana-mana pertubuhan yang berdaftar.
"Kita akan meneliti apakah saman yang dikenakan dan kita sudah bersedia dengan peguam untuk mengambil tindakan seterusnya," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Korban Persatuan Suri dan Anggota Bomba Wanita Perak Bersama Nation Of Woman (NOW) Perak serta Kempen Keselamatan Kebakaran di Balai Bomba Meru Raya, di sini pada Sabtu.
Haniza yang merupakan Presiden NOW diminta mengulas laporan media Rabu lalu yang memetik kenyataan Bendahari Agung PKR Lee Chean Chung bahawa parti itu akan mengeluarkan surat tuntutan kepada 19 ahli Parlimen dan ADUN PKR yang keluar parti agar membayar pampasan RM10 juta masing-masing kepada parti.
Haniza juga berkata beliau tidak keluar parti tetapi dipecat, selain dakwaan lompat parti adalah tidak benar kerana beliau merupakan ADUN Bebas.
"Sekiranya saya menganggotai pertubuhan selain Keadilan (PKR), itu (juga) tidak menyalahi Perlembagaan Persekutuan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 01 2020
Haniza (dua, kanan) menyerahkan daging korban kepada salah seorang penerima pada majlis di Balai Bomba Meru Raya, Ipoh, 1 Ogos, 2020. Turut sama, Pengarah JBPM Perak Azmi Osman (tiga, kiri). --fotoBERNAMA
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Tuntutan RM10 juta: Haniza bersedia dengan peguam
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya itu, tuntutan terbabit juga bersifat ultra vires iaitu melangkaui bidang kuasa.