awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Legacy 30 Siti Nurhaliza: Antara nostalgia, kecekalan dan cita-cita baharu tiga dekad
MAIS ingatkan umat Islam tidak sertai aktiviti, tolak sebarang cubaan normalisasi budaya LGBT
PRK Kinabatangan tiga penjuru, DUN Lamag satu lawan satu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Turkiye kutuk tindakan cemar al-Quran, bendera di Denmark

Bernama
Bernama
26/03/2023
03:15 MYT
Turkiye kutuk tindakan cemar al-Quran, bendera di Denmark
Januari lepas, Rasmus Paludan, pemimpin parti politik Denmark Stram Kurs, membakar naskhah al-Quran di Sweden dan Denmark sebagai protes terhadap kepimpinan Turkiye. - Foto fail/REUTERS
MOSCOW: Kementerian Luar Turkiye pada Sabtu mengecam "serangan keji" sekumpulan orang pada Jumaat yang mencemarkan kitab suci Al-Quran dan bendera Turkiye di Denmark.
"Kami mengutuk sekeras-kerasnya serangan keji yang menyasarkan kitab suci Al-Quran dan bendera kegemilangan kami di Denmark pada tengah hari 24 Mac," menurut kenyataan kementerian itu, lapor Sputnik.
Insiden itu yang dilakukan semasa bulan suci Ramadan, sekali lagi mendedahkan bahawa Islamofobia, diskriminasi dan xenofobia telah berada pada tahap yang membimbangkan di Eropah.
Jabatan luar negara Turkiye turut memaklumkan pihak berkuasa Denmark bahawa Ankara menganggap tindakan sedemikian sama sekali tidak boleh diterima dan menggesa tindakan segera perlu diambil terhadap pelaku bagi mencegah provokasi seperti itu.
Januari lepas, Rasmus Paludan, pemimpin parti politik Denmark Stram Kurs, membakar naskhah al-Quran di Sweden dan Denmark sebagai protes terhadap kepimpinan Turkiye.
Sebagai tindak balas, Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan berkata Ankara tidak akan menyokong bidaan Stockholm untuk menjadi ahli NATO.
-- BERNAMA
Ikuti artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#Al-Quran
#bakar
#Ramadan
#Puasa 2023
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan