BERA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyelar pengendali syarikat penerbangan domestik yang mengambil kesempatan menaikkan tambang penerbangan antara Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Perdana Menteri menegaskan, sekiranya terdapat kenaikan harga tambang penerbangan, tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 boleh dikenakan.
Sehubungan itu, beliau mahu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bertegas dengan mengambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.
"Saya sudah minta supaya Kementerian Pengangkutan memanggil syarikat syarikat penerbangan untuk meminta mereka menurunkan harga dan dalam masa yang sama KPDNHEP juga perlu tegas dengan mana-mana pihak tak kira syarikat besar atau syarikat kecil.
“Mana-mana (syarikat) yang mengambil keuntungan berlebihan salah di bawah Akta Anti Pencatutan perlu diambil tindakan segera bagi menjaga kepentingan rakyat," kata Ismail Sabri.
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Makmur Gold Coopmart-KoopBera dan Jualan Murah Semarak Ramadan Keluarga Malaysia Parlimen Bera di Bera,Pahang.
Sebelum ini, laporan media menyebut pemantauan terhadap laman web syarikat penerbangan komersial baru-baru ini menyaksikan tambang penerbangan melonjak sehingga RM2,000 bagi penerbangan pergi dan balik.
Ia meningkat sekitar 566 peratus menjelang tempoh perayaan Hari Raya Aidilfitri iaitu pada 29 April hingga 8 Mei.
Walaupun alasan kenaikan harga tiket berdasarkan perspektif syarikat penerbangan ekoran perang antara Rusia dan Ukraine sehingga memberi kesan kenaikan harga minyak, namun kerajaan juga perlu mengambil kira kepentingan rakyat.
Sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong telah berjumpa syarikat penerbangan dan meminta mereka mencari kaedah terbaik untuk memastikan harga tiket kapal terbang bagi laluan berkenaan diturunkan.
Astro Awani
Sun Apr 17 2022

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan pengendali syarikat penerbangan agar tidak mengambil keuntungan secara berlebihan dengan menaikkan harga tiket ke Sabah dan Sarawak terlalu tinggi pada musim perayaan ini.

Terbuka Malaysia | Axelsen dalam kelas tersendiri, rangkul gelaran sulung
Pemain Denmark Viktor Axelsen nyata berada pada kelas tersendiri apabila berjaya merangkul gelaran sulung Terbuka Malaysia 2022 selepas menewaskan pemain Jepun, Kento Momota dengan mudah pada final perseorangan lelaki, pada Ahad. Axelsen membuktikan statusnya sebagai pemain nombor satu dunia dan juara Olimpik Tokyo 2020 dengan menumpaskan Momota dalam straight set 21-4, 21-7 untuk melakar gelaran hatrik dalam tempoh sebulan selepas terbuka dan Masters Indonesia.

Bertanding Pemilihan | Saya tak pernah bincang dengan PM - Annuar Musa
Annuar Musa hari ini menafikan spekulasi yang dibuat sesetengah pihak kononya beliau bersama Perdana Menteri merancang untuk bertanding dalam pemilihan UMNO yang akan datang membabitkan kerusi tertinggi kepimpinan parti tersebut. Jelas beliau, setakat ini tiada sebarang perbincangan pernah diadakan berkenaan perkara itu walaupun mengakui pernah mendengar desas desus terbabit.

10 Berita Pilihan - (02 Julai 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 3 Julai 2022.

Vietnam Airlines sambung semula perkhidmatan ke Indonesia
Vietnam Airlines menyambung semula perkhidmatan antara Ho Chi Minh City dan Jakarta, Indonesia pada Sabtu selepas dihentikan beberapa bulan lalu akibat COVID-19.

Banjir Australia | Penduduk New South Wales diarah berpindah
Perkembangan banjir di Australia. Penduduk New South Wales diarahkan untuk berpindah setelah paras air meningkat disebabkan hujan lebat berterusan sehingga menyebabkan banjir di wilayah itu.

Muzium Baharu | The Palace Museum tarikan terbaharu di Hong Kong
Muzium budaya The Palace Di Hong Kong mula dibuka kepada umum pada Ahad. Lebih dari 900 koleksi dipamerkan di muzium ini, termasuk beberapa koleksi peribadi yang pertama kali dipamerkan buat pengunjung.

Nahas Bas | 19 maut dalam kemalangan bas di Pakistan
Nahas bas di Dana Sar, Barat Daya Pakistan meragut 19 nyawa. Menurut kenyataan rasmi kerajaan yang dikeluarkan pada Ahad. Nahas itu turut mencederakan 12 penumpang lain.

Risiko Banjir | Peruntukan lebih RM1 bilion elak risiko banjir, hakisan
Sebanyak RM1.5 hingga RM5 bilion diperuntukkan bagi mengurangkan risiko banjir, pengawalan hakisan pantai, pemuliharaan muara sungai dan pembangunan sungai di Terengganu. Menurut Menteri Alam Sekitar Dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, peruntukan itu diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 membabitkan 21 projek terdiri daripada 20 projek sambungan dan satu projek baharu.

Meninggal Dunia | Tok Mun meninggal dunia
Bekas calon bebas Pilihanraya Umum (PRU) Ke-12, Maimun Yusof atau lebih dikenali sebagai Tok Mun meninggal dunia di kediamannya di Kampung Sungai Atas Tol, Kuala Terengganu akibat sakit tua pada Ahad. Maimun yang juga calon wanita tertua pada PRU Ke-12 menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 3.30 petang tadi pada usia 103 tahun.

Turunkan harga tiket penerbangan domestik - PM
PM minta Kementerian Pengangkutan dan KPDNHEP bertegas dengan mana-mana pihak tak kira syarikat besar atau syarikat kecil.

Syarikat penerbangan perlu main peranan turunkan harga tiket - Pemuda GPS
Adalah diharapkan peningkatan kekerapan penerbangan ke Sarawak akan membawa kepada penurunan harga tiket.

PRN Sarawak: SABERKAS Jepak mohon harga tiket penerbangan dikurangkan
Pertubuhan Kebangsaan Belia Sarawak (SABERKAS) cawangan Jepak memohon agar harga tiket penerbangan dapat dikurangkan menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12).

Harga tiket penerbangan Sabah, Sarawak akan kembali ke paras purata - Ka Siong
Perkara itu perlu disokong menerusi peningkatan keyakinan penumpang untuk terbang ketika fasa endemik.

Isu kenaikan mendadak harga tiket penerbangan ke Sabah, Sarawak dibawa ke Dewan Rakyat - Kelvin Yii
Peningkatan mendadak harga tiket penerbangan dari semenanjung ke Sabah dan Sarawak membebankan banyak pihak termasuk petugas barisan hadapan.