awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tutup kilang, usah hukum rakyat yang patuh SOP - Ketua Pemuda Pas

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
27/06/2021
08:01 MYT
Tutup kilang, usah hukum rakyat yang patuh SOP - Ketua Pemuda Pas
Menurut Khairil, kegagalan sektor perkilangan untuk patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) membantutkan usaha kerajaan untuk memutuskan rantaian COVID-19. - Gambar Facebook
KUALA LUMPUR: Kegagalan sektor perkilangan untuk patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) membantutkan usaha kerajaan untuk memutuskan rantaian COVID-19.
Ketua Pemuda Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, rakyat yang mematuhi SOP sejak dari dahulu tidak harus dihukum akibat kegagalan pihak lain.
“Kerajaan memerlukan kerjasama semua pihak mematuhi SOP yang digariskan bagi memastikan Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 15 Jun lepas berjaya.
“Pemuda Pas juga mencadangkan agar pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengambil strategi “Lockdown Bersasar” yang lebih ketat dan melonggarkan SOP di daerah-daerah yang bersatus hijau,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
BACA: COVID-19: 14 lagi kluster baharu, 9 daripadanya tempat kerja
Beliau juga dalam masa sama optimis kerajaan mampu membuat keputusan terbaik demi menyelamatkan nyawa dan kehidupan.
Khairil Nizam yang juga Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) mencadangkan sebegitu selepas melihat jumlah kluster tempat kerja yang masih merekodkan angka membimbangkan.
“Setelah melihat kepada pola kluster seperti yang dilaporkan saban hari, Dewan Pemuda Pas Malaysia menegaskan bahawa “Kluster Tempat Kerja” ini mestilah dihentikan.
“Operasi perkilangan yang dikenal pasti hendaklah ditutup serta-merta selama dua minggu,” tegasnya.
Semalam, Astro AWANI melaporkan sebanyak 14 lagi kluster baharu dikesan di negara ini dengan sembilan daripadanya merupakan Kluster Tempat Kerja.
COVID-19 | PIKAS elakkan kluster tempat kerja terus meningkat - Azmin
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ia menjadikan jumlah kluster aktif di negara ini meningkat kepada 868 kluster.
Beliau berkata, daripada jumlah Kluster Tempat Kerja, tiga dikesan di Selangor masing-masing membabitkan daerah Kuala Langat dan Sepang (Kluster Industri Tanjung Suria); dan dua di daerah Sepang iaitu Kluster Tapak Bina Cybersouth Utama dan Kluster Industri Jalan Enam Salak Tinggi.
Topic Berkaitan
#Pemuda Pas
#PAS
#Khairil Nizam Khirudin
#SOP
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Muhyiddin Yassin
#Perdana Menteri
#PM
#Kluster tempat kerja
#MKN
#Majlis Keselamatan Negara
#COVID-19
#kluster
#kilang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan