awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TVET perlu jadi pencetus perubahan kepada sistem pendidikan negara - TPM

Bernama
Bernama
07/05/2024
00:10 MYT
TVET perlu jadi pencetus perubahan kepada sistem pendidikan negara - TPM
Ahmad Zahid mempengerusikan mesyuarat bersama Naib Canselor Rangkaian Universiti Teknikal pada Isnin bagi membincangkan isu TVET. - Foto Facebook Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau mahu melihat program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai pencetus perubahan kepada sistem pendidikan negara.
Menerusi catatan di laman Facebook, Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata kursus TVET perlu dijadikan pilihan utama pelajar dan ibu bapa untuk pendidikan di peringkat tertiari.
Pada masa sama, beliau berkata pelajar aliran TVET juga mesti diterapkan dengan ilmu keusahawanan kerana terdapat dalam kalangan mereka yang mempunyai minat untuk menjadi teknousahawan.
Ahmad Zahid, yang mempengerusikan mesyuarat bersama Naib Canselor Rangkaian Universiti Teknikal semalam, berkata mesyuarat itu bagi membincangkan isu TVET dan turut menyentuh cadangan penambahbaikan ke arah memperkasakan graduan serta menjamin peluang kerjaya sewajarnya.
"Saya percaya dengan adanya koordinasi oleh semua kementerian, segala permasalahan yang wujud pastinya dapat diselesaikan ke arah memartabatkan TVET sebagai pilihan utama kepada para pelajar," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TVET
#pendidikan
#Zahid Hamidi
#keusahawanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan