awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
Penyerang masjid Christchurch gembira dilabel ‘pengganas’, cuba tarik balik pengakuan - Bekas peguam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Twitter tutup akses percuma untuk API

Bernama
Bernama
03/02/2023
23:00 MYT
Twitter tutup akses percuma untuk API
Twitter tidak memberikan sebarang butiran mengenai model harga, hanya akan menawarkan prospek maklumat lanjut pada minggu akan datang. - Gambar hiasan
SAN FRANCISCO: Penyedia perkhidmatan percuma yang bergantung pada peralatan perisian Twitter mungkin akan hilang mata pencarian apabila perkhidmatan dalam talian itu hanya akan menawarkan akses berbayar kepada API (aplikasi pengaturcara antara muka) mulai 9 Februari.
Para pembangun sentiasa dapat mengakses platform API tanpa bayaran, sekurang-kurangnya pada tahap terhad manakala integrasi yang lebih mendalam dikenakan caj.
Menerusi ciapannya pada Khamis, Twitter tidak memberikan sebarang butiran mengenai model harga, hanya akan menawarkan prospek maklumat lanjut pada minggu akan datang.
"Mulai 9 Februari, kami tidak lagi menyokong akses percuma kepada API Twitter, kedua-dua v2 dan v1.1. Tahap asas berbayar akan disediakan," menurut ciapan pada pagi Khamis yang dipetik Agensi Akhbar Jerman (dpa).
Caj bayaran oleh Twitter untuk mengakses API, bermakna perkhidmatan itu perlu menuntut wang daripada pengguna mereka. Model perniagaan ini dilihat sukar memandangkan kesanggupan untuk membayar di Internet agak rendah.
Jutawan teknologi Elon Musk membeli Twitter pada musim luruh lepas dan membebankan perkhidmatan itu dengan berbilion-bilion hutang yang kini perlu dibayar dan pada masa yang sama, hasil pengiklanan merosot.
Twitter cuba memperoleh lebih banyak wang termasuk menerusi tawaran langganan. Baru-baru ini, perabot dari ibu pejabatnya di San Francisco turut dilelong.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Twitter
#API
#akses berbayar
#mata pencarian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan