Debaran menanti saat pembubaran Parlimen kini semakin hebat.

Lebih-lebih lagi hari ini merupakan mesyuarat terakhir bagi barisan Kabinet diikuti sesi penggambaran bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya.

Perdana Menteri juga telah berangkat untuk mengadap Yang DiPertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, jam 8.25 pagi.

Persoalannya, adakah Parlimen akan benar-benar bubar hari ini?

Astro Awani telah mendapatkan reaksi dari beberapa pengguna Twitter tempatan yang kelihatan tidak sabar untuk mendengar pengumuman penting dari Perdana Menteri.






Hari ini 3 April merupakan genap empat tahun kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri keenam Malaysia.

Beliau telah memegang tampuk pentadbiran negara sejak 3 April 2009.