SEREMBAN: Orang ramai perlu mengubah budaya pulang ke kampung untuk mengundi setiap kali pilihan raya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, Datuk Mohamad Taufek Abd Ghani berkata, setiap individu sepatutnya mengundi di tempat mereka bermastautin atau tempat bekerja.
"Contohnya, orang Kelantan tinggal di Selangor yang kebanyakannya sudah membeli rumah di tempat mereka bekerja. Cumanya mereka ada sentimen mahu mengundi di kampung.
"Jadi, budaya itu perlu diubah dan kebaikannya mereka mudah untuk pergi mengundi dan tak perlu melalui perjalanan berjam-jam pulang ke kampung," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Menurutnya, syaratnya mereka perlu menukar alamat pada kad pengenalan terlebih dahulu dan proses itu kini lebih mudah dan cepat.
Kata Mohamad Taufek lagi, persepsi yang negeri enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) ini menyusahkan rakyat kerana mereka perlu keluar mengundi kali kedua pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak sepatutnya timbul.
"Dalam menyelesaikan isu ini, saya sarankan individu yang perlu pulang ke kampung untuk mengundi buat permohonan tukar alamat mengundi mereka selepas pilihan raya Parlimen supaya tak perlu pulang dua kali untuk mengundi pada pilihan raya DUN pula.
"Kita perlu menghormati pandangan kerajaan negeri atas alasan mahu menjaga kebajikan rakyat kerana risau akan banjir dan sepatutnya rakyat juga ada sikap prihatin dalam isu ini," katanya.
Beliau berkata, menjadi tanggungjawab setiap individu untuk mengundi di tempat tinggal mereka terutama bagi yang telah bermastautin di situ.
Ujarnya, ia bagi memudahkan wakil rakyat menyalurkan bantuan kepada mereka kerana biasanya antara prosedur digunakan ialah melihat individu itu mengundi di mana.
"Contohnya, individu itu tinggal di Paroi, tapi tak mengundi di Paroi kerana alamat mengundi di luar sedangkan bajet dikeluarkan oleh kerajaan negeri untuk mereka tinggal dan mengundi di Paroi.
"Tapi jika ada isu terpencil misalnya mereka susah nak balik kampung jumpa wakil rakyat tempat mereka undi, kita akan bantu. Cuma biasanya, keutamaan diberi kepada pengundi di kawasan itu," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Oct 14 2022

Mohamad Taufek berkata, setiap individu sepatutnya mengundi di tempat mereka bermastautin atau tempat bekerja. -Gambar fail/Bernama

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Delegasi Malaysia jalan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di UK
Datuk Seri Azalina Othman Said kini berada berada di London, United Kingdom bersama delegasi Malaysia untuk kajian empirikal cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya negara itu.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Akta 555 memadai untuk kekang kegiatan sijil palsu - Zambry
Tiada keperluan untuk meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) bagi mengekang kegiatan pengurniaan sijil akademik palsu.

Ibu bapa Zayn Rayyan tidak mengaku salah atas pertuduhan pindaan abai kanak-kanak
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik yang dibunuh, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, atas pertuduhan pindaan.

Indikator Ekonomi MADANI catat pencapaian positif - Dr Zaliha
Indikator yang menentukan kejayaan kerangka Ekonomi MADANI telah menunjukkan pencapaian positif setakat ini, kata Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Cubaan pindah khinzir disyaki dijangkiti demam babi Afrika gagal
Cubaan memindah keluar sejumlah khinzir yang disyaki dijangkiti penyakit demam babi Afrika (ASF) dari daerah Sepang berjaya dipatahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor (DVS Selangor).

Ubah budaya balik kampung mengundi - ADUN Paroi
Mohamad Taufek berkata, setiap individu sepatutnya mengundi di tempat mereka bermastautin atau tempat bekerja.