awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ubat tidak berdaftar, komestik tidak bernotifikasi lebih RM1.1 juta dirampas

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
14/05/2022
23:30 MYT
Ubat tidak berdaftar, komestik tidak bernotifikasi lebih RM1.1 juta dirampas
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu berjaya merampas ubat tidak berdaftar dan komestik tidak bernotifikasi bernilai lebih RM1.1 juta sepanjang tahun 2020 hingga 2021. - Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu berjaya merampas ubat tidak berdaftar dan komestik tidak bernotifikasi bernilai lebih RM1.1 juta sepanjang tahun 2020 hingga 2021.
Pengarahnya, Datuk Dr Kasemani Embong berkata ia melibatkan rampasan sebanyak 1,287 produk menerusi 121 operasi yang dilaksanakan.
Katanya, antara produk tidak berdaftar yang mendapat permintaan tinggi ialah ubat perangsang seks.
"Produk tidak berdaftar seperti ubat perangsang seks yang sering mendapat permintaan tinggi sangat memberi risiko yang tinggi terhadap kesihatan pengguna memandangkan kebanyakan produk sebegini turut dicampur dengan racun berjadual seperti sildenafil," kata Dr Kasemani.
Beliau berkata pihaknya akan terus memantau dan membanteras penjualan produk tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi termasuk menerusi platform media sosial.
Katanya, langkah yang dilakukan itu berikutan trend penjualan barangan berkenaan yang berleluasa semasa tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) lalu.
Dr Kasemani berkata orang ramai perlu peka dan menyemak produk dibeli adalah berdaftar dan bernotifikasi.
Jelasnya, pemilikan dan penjualan produk tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi boleh disiasat mengikut Akta Jualan Dadah 1952.
Topic Berkaitan
#Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu
#ubat tidak berdaftar
#komestik tidak bernotifikasi
#Kasemani Embong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan