awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek naik taraf Lebuh Raya Senai-Desaru capai 55 peratus - Ahmad Maslan
Pas terima rayuan tiga ADUN Perlis dihentikan keahlian
Ancaman Nipah: Kelantan perketat saringan di pintu masuk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ucapan Hun Manet sempena Hari Kebangsaan Malaysia, tekankan perdamaian serantau

Bernama
Bernama
30/08/2025
03:20 MYT
Ucapan Hun Manet sempena Hari Kebangsaan Malaysia, tekankan perdamaian serantau
HUN MANET: Persahabatan dan perkongsian kita, yang berasaskan saling menghormati, kepercayaan dan tradisi kerjasama sejak sekian lama, terus berkembang melalui usaha bersama.
PHNOM PENH: Perdana Menteri Kemboja Hun Manet mengucapkan tahniah kepada rakan sejawatnya dari Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Hari Kebangsaan ke-68, sambil berikrar untuk mempererat kerjasama bagi memperkukuh keamanan serantau.
Dalam perutusannya kepada Anwar, yang juga Pengerusi ASEAN, Hun Manet berkata Malaysia menjadi contoh cemerlang perpaduan dan keharmonian di rantau ini.
"Kemboja dan Malaysia menikmati hubungan rapat serta bersahabat sepanjang dekad lalu.
"Persahabatan dan perkongsian kita, yang berasaskan saling menghormati, kepercayaan dan tradisi kerjasama sejak sekian lama, terus berkembang melalui usaha bersama," kata Hun Manet dalam mesejnya.
Sambil menyatakan penghargaan atas sokongan berterusan Malaysia dan penglibatan proaktif dalam membantu menyelesaikan pertikaian sempadan Kemboja-Thailand, beliau menekankan peranan aktif Malaysia dalam isu serantau dan global.
Mesyuarat Luar Biasa Jawatankuasa Sempadan Am antara Kemboja dan Thailand yang berlangsung pada 7 Ogos di Kuala Lumpur, katanya, telah membawa harapan baharu untuk keamanan berkekalan di rantau ini.
"Kemboja kekal komited terhadap kewujudan bersama secara aman dan keharmonian serantau, serta akan terus berusaha menyelesaikan semua pertikaian sempadan dengan negara jiran melalui cara aman dan sepenuhnya menurut undang-undang antarabangsa," katanya.
Beliau memberi jaminan bahawa hubungan antara Kemboja dan Malaysia akan terus diperkukuh serta menyumbang kepada kemajuan pembinaan Komuniti ASEAN.
-- BERNAMA
Raikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan kempen Inilah KITA di sini
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri Kemboja Hun Manet
#Kemboja
#Hari Kebangsaan
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan