awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UEFA mansuh peraturan di tempat lawan

Astro Arena
Astro Arena
25/06/2021
01:59 MYT
UEFA mansuh peraturan di tempat lawan
UEFA bertindak memansuhkan peraturan berkenaan dengan serta merta menjelang fasa kelayakan kempen musim ini. - Foto Stadium Astro
PERSATUAN BOLA SEPAK EROPAH (UEFA) mengumumkan peraturan gol di tempat lawan tidak akan digunakan lagi dalam mana-mana pertandingan di bawah anjuran organisasi itu untuk musim 2021-22.
Peraturan itu diperkenalkan pada 1965 untuk perlawanan timbal balik di peringkat kalah mati sekiranya kedua-dua pasukan terikat dengan agregat.
Bagaimanapun, berdasarkan data yang dikongsi malam tadi, ia menunjukkan jurang kemenangan tuan rumah dan pasukan pelawat semakin mengecil, termasuk jumlah gol yang dijaringkan di laman sendiri dan di tempat lawan.
Susulan cadangan serentak daripada Jawatankuasa Pertandingan Kelab dan Jawatankuasa Bola Sepak Wanita itu, UEFA bertindak memansuhkan peraturan berkenaan dengan serta merta menjelang fasa kelayakan kempen musim ini.
"Peraturan gol di kandang lawan telah menjadi bahagian penting dalam pertandingan UEFA sejak ia diperkenalkan pada 1965," kata Presiden UEFA, Aleksander Ceferin, dalam satu kenyataan.
"Namun, usaha memansuhkannya telah diperdebatkan dalam pelbagai pertemuan UEFA dalam beberapa tahun terakhir ini. Walaupun ia bukanlah sebulat suara tetapi kebanyakan jurulatih, peminat dan pihak berkepentingan dalam bola sepak ini mempersoalkan kewajarannya dan telah menyatakan pendirian mereka untuk memansuhkan peraturan ini.
"Peraturan ini bertentangan dengan tujuan asalnya hingga menghalng pasukan tuan rumah -- terutama dalam pertemuan pertama - daripada melancarkan asakan sebab bimbang akan melepaskan gol yang boleh memberi kelebihan kepada seteru mereka.
"Ia juga dikritik kerana tidak adil terutama pada waktu tambahan yang mewajibkan pasukan tuan rumah meledak dua gol sebaik pelawat mencetak gol"
UEFA mendedahkan kajian sejak pertengahan 1970 menunjukkan kadar kemenangan pasukan tuan rumah menurun daripada 61 menjadi 47 peratus, sementara kemenangan ketika berkunjung ke laman lawan meningkat daripada hanya 19 kepada 30 peratus.
Keputusan ini bermakna Liga Juara-Juara, Liga Europa dan Liga Persidangan Europa yang baru, serta Liga Juara-Juara Wanita kini bebas daripada peraturan gol di tempat lawan.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#UEFA
#gol
#tempat lawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan