PETARUNG Brazil, Charles Oliveira dilucutkan kejuaraan lightweight miliknya selepas gagal mencapai berat untuk acara utama menentang Justin Gaethje di UFC 274, esok.
Oliveira mencatat berat 70.2268kg (155.5 lbs) -- melebihi had berat badan yang ditetapkan untuk kelas lightweight iaitu 70kg (155 lbs).
Dia juga gagal menurunkan berat meskipun diberikan tempoh satu jam untuk melakukannya, dan dilaporkan tiba di acara ‘weigh-in’ pada saat akhir iaitu 5 minit sebelum acara tersebut tamat.
Bagaimanapun, menurut UFC, pertarungan 'Oliveira vs Gaethje' akan tetap diteruskan dan gelaran lightweight akan diberikan kepada Gaethje sekiranya dia menang.
Setakat ini juga, UFC masih belum menetapkan denda yang bakal dikenakan terhadap Oliveira.
Oliveira, 32, meraih kejuaraan lightweight pada Mei tahun lalu selepas menewaskan Michael Chandler dari Amerika Syarikat dalam aksi UFC 262.
Pertarungan acara utama yang berlangsung di Houston, Texas itu menyaksikan Oliveira menumpaskan Chandler menerusi TKO (technical knockout) pada minit 0:19 pusingan kedua.
Oliveira seterusnya mempertahankan kejuaraan tersebut untuk kali pertama pada Disember lepas menerusi kemenangan ke atas bekas juara interim lightweight, Dustin Poirier.
Gelaran lightweight UFC itu berpindah milik selepas hampir tiga tahun dipegang oleh legenda MMA, Khabib Nurmagomedov.
Haider Yutim
Sat May 07 2022
Charles Oliveira dilucutkan kejuaraan lightweight miliknya selepas gagal mencapai berat untuk acara utama menentang Justin Gaethje di UFC 274, esok. - Foto UFC
JSJK terima 19 laporan berkaitan tawaran kerja palsu menerusi lynxoasis.com
Polis menerima 19 laporan di seluruh negara berkaitan sindiket penipuan yang menawarkan pekerjaan palsu melalui laman sesawang 'lynxoasis.com' dengan melibatkan nilai kerugian RM688,099.
Pindaan Akta 50 bakal selesai kemelut Parallel Pathway - Dr Dzulkefly
Pindaan terhadap Akta Perubatan 1971 (Akta 50) akan menyelesaikan kemelut pendaftaran doktor perubatan yang mendapatkan kelayakan kepakaran perubatan melalui laluan paralel (parallel pathway).
Pan Gon perlu keajaiban di Bishkek
Kim Pan Gon sedang melalui antara detik paling sukar bersama Harimau Malaya apabila berdepan krisis kecederaan pemain utama menjelang baki dua perlawanan getir Kumpulan D.
Lelaki larikan kereta di stesen minyak sempat ceroboh rumah, tertidur sebelum diberkas
Lelaki yang disyaki melarikan kereta di sebuah stesen minyak di Jalan Semambu pada Isnin sempat menceroboh sebuah rumah di Kampung Chinta Manis dan tertidur sebelum diberkas polis tengah malam tadi.
Atlet negara lebih lengkap, sedia untuk berjuang di Paris - Hannah
Hannah berkata para atlet negara ke Sukan Olimpik Paris 2024 lebih 'lengkap' dan bersedia berbanding ketika menghadapi beberapa edisi temasya sukan terbesar dunia itu sebelum ini.
Guna pendakap khas tempah di Jerman untuk baiki paip dasar laut - Sanusi
Kebocoran paip dasar laut yang membawa bekalan air dari tanah besar ke Langkawi perlu menggunakan pendakap khas ditempah dari Jerman bagi memastikan ia mempunyai ketahanan yang kuat.
Polis siasat video tular pemandu e-panggilan hina agama Islam dan negara
Polis sedang menyiasat video tular membabitkan seorang pemandu e-panggilan yang mengeluarkan kenyataan menghina agama Islam dan negara Malaysia kepada pelancong asing baru-baru ini.
Saya kehilangan pembantu luar biasa, kawan baik - Dr Mahathir
Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pembantunya Ismail Manaf yang meninggal dunia hari ini seorang yang luar biasa kesetiaannya dan tidak pernah tidak datang kerja dan tidak pernah cuai.
AWANI Ringkas: Ancaman bom di MOTAC
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selangor yakin capai negeri sifar miskin tegar Julai ini - Amirudin
Kerajaan Selangor yakin sasaran menoktahkan kemiskinan tegar di negeri itu pada Julai ini boleh dicapai, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
UFC 274: Oliveira tundukkan Gaethje, gelaran lightweight kini untuk rebutan
Charles Oliveira menundukkan Justin Gaethje dari Amerika Syarikat menerusi kuncian 'rear naked choke' pada minit 3:22 pusingan pertama.
UFC 274: Gagal capai berat, Oliveira dilucutkan kejuaraan lightweight
Charles Oliveira dilucutkan kejuaraan lightweight miliknya selepas gagal mencapai berat untuk acara utama menentang Justin Gaethje di UFC 274, esok.