awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Malam 15 Julai 'tegang' dan 'menakutkan' - Saksi
Pembukaan semula sempadan Rafah tingkat kemasukan bantuan ke Gaza
Ribut salji terbesar di AS dijangka jejaskan 120 juta penduduk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Kinabatangan, Lamag: SPR guna helikopter hantar peti undi ke pedalaman

Bernama
Bernama
23/01/2026
13:00 MYT
PRK Kinabatangan, Lamag: SPR guna helikopter hantar peti undi ke pedalaman
Ketua Tempat Mengundi Feistin Intim (kanan) membawa peti undi untuk dihantar ke Pusat Mengundi di Kuamut menggunakan helikopter di padang Majlis Daerah Kinabatangan hari ini. - Gambar Bernama
KINABATANGAN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menggunakan helikopter untuk menghantar peti undi ke tiga pusat pengundian iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuamut, SK Inarad dan SK Abai, sebagai persiapan akhir menjelang hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, esok.

Ringkasan AI
  • Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggunakan helikopter untuk hantar peti undi ke tiga pusat pengundian di Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag menjelang hari pengundian.
  • Penggunaan helikopter disebabkan oleh faktor geografi luas Parlimen Kinabatangan dan lokasi pusat pengundian yang jauh di pedalaman.
  • Persiapan hari pengundian berjalan lancar dan dijangka keputusan penuh akan diumumkan seawal 10 malam, dengan 48,526 pengundi berdaftar mengundi bagi PRK Parlimen Kinabatangan dan 13,703 pengundi untuk DUN Lamag.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Dr Eddy Syaizul Rizam Abdullah berkata penggunaan helikopter itu dibuat mengambil kira faktor geografi Parlimen Kinabatangan yang luas selain lokasi pusat pengundian terletak jauh di pedalaman.
"Hari ini, pergerakan awal menggunakan helikopter telah dilaksanakan ke tiga pusat mengundi bermula seawal 10 pagi hingga 12 tengah hari tadi. Logistik penghantaran peti undi dibahagikan kepada dua fasa iaitu pergerakan awal hari ini dan baki penghantaran pada hari mengundi esok.
"Bagi pusat mengundi di kawasan pesisiran pantai di DUN Sukau, penghantaran peti undi dilakukan menggunakan perkhidmatan bot hari ini," katanya ketika meninjau persiapan akhir di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Sri Lamag di sini hari ini.
Beliau berkata proses penghantaran peti undi bagi fasa kedua esok dijadual bermula seawal 3 pagi bagi memastikan kesemua 36 pusat mengundi biasa yang melibatkan 117 tempat mengundi atau saluran dapat beroperasi tepat pada 7.30 pagi.
Katanya persiapan untuk hari pengundian setakat ini berjalan lancar dan pusat penjumlahan rasmi undi akan beroperasi pada 5 petang esok hingga selesai, dengan keputusan penuh dijangka dapat diumumkan seawal 10 malam.
PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohd Kurniawan Naim Moktar mewakili Barisan Nasional (BN), Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam Hamid (Bebas), manakala di DUN Lamag, pertandingan satu lawan satu antara Mohd Ismail Ayob (BN) dan Mazliwati Abdul Malek (Warisan).
PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Dis tahun lepas.
Sebanyak 48,526 pengundi berdaftar layak mengundi pada PRK Parlimen Kinabatangan dan daripada jumlah itu, 13,703 pengundi akan mengundi bagi DUN Lamag.
-- BERNAMA
Dapatkan keputusan dan berita terkini PRK Kinabatangan dan PRK Lamag di sini
Topic Berkaitan
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#PRK Kinabatangan
#PRK Lamag
#Barisan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan