awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Uggah puas hati penggunaan COVIDTrace di Sarawak

Astro Awani
Astro Awani
28/06/2020
08:44 MYT
Uggah puas hati penggunaan COVIDTrace di Sarawak
Menurut Datuk Amar Douglas Uggah Embas, masyarakat di Sarawak menunjukkan disiplin yang tinggi dari segi pematuhan segala garis panduan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti yang diarahkan oleh kerajaan. -Gambar Astro AWANI
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu memperlihatkan pelbagai aplikasi dilancarkan bagi memudahkan rakyat dalam berhadapan dengan suasana normal baharu.
Di Sarawak, penggunaan aplikasi COVIDTRACE tidak asing lagi di mana platform data itu berfungsi untuk merekodkan segala maklumat pengguna sebelum mereka boleh memasuki sesebuah premis.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, beliau amat berpuas hati kerana rakyat negeri itu menyahut seruan kerajaan dengan tidak mengabaikan penggunaan aplikasi tersebut melalui telefon pintar mereka.
“Kita berpuas hati mengenai segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan ini termasuk pelaksanaan perisian COVIDTrace.
“Nampaknya, setiap premis mematuhi arahan dengan mengguna pakai aplikasi tersebut. Ini bermakna, tahap kepatuhan dan disiplin adalah tinggi,” katanya semasa melakukan tinjauan ke AEON Mall di Kuching pada Ahad.
Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak berkata, kepatuhan itu membuktikan rakyat Sarawak mengambil serius saranan kerajaan demi keselamatan mereka semasa berhadapan dengan penularan COVID-19.
Jelasnya, bukan sahaja penggunjung, malah setiap operator kedai juga memberikan tumpuan sepatutnya dalam memastikan penggunaan aplikasi tersebut berkesan selain pematuhan SOP asas penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka.
Terdahulu, pada Mei 2020, kerajaan negeri Sarawak telah memperkenalkan aplikasi COVIDTRACE bagi membendung wabak COVID-19 di negeri itu. Ia telah dimuat turun lebih 10,000 pengguna di Bumi Kenyalang.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#AWANI Sarawak
#COVID-19
#COVIDTrace
#Datuk Amar Douglas Uggah Embas
#Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak
#Timbalan Ketua Menteri Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan