awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua rentung: Kebakaran dilakukan anak mangsa - Polis
Pemasangan pengecas EV perlu strategik, kerajaan digesa atasi isu sambungan grid
Ketibaan pelancong asing ke Thailand turun 7.25%, Malaysia kekal penyumbang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ugut bunuh anak kerana isteri tidak mahu pulang beraya

Ridzal Abdullah
Ridzal Abdullah
28/06/2017
12:03 MYT
Ugut bunuh anak kerana isteri tidak mahu pulang beraya
mengugut anak-anaknya dengan mengacukan pedang samurai ke leher mereka selain menyalakan api untuk membakar bilik tersebut. - Foto Polis Kota Kinabalu
Kecewa bekas isteri enggan pulang beraya, seorang lelaki mengugut mahu membunuh dua anak perempuan mereka.
Ketika kejadian, lelaki berusia 30 tahun itu dibawah pengaruh dadah dan dipercayai mengalami kemurungan.
Dalam kejadian 5 petang Selasa di Kampung Suang Prai, Mengatal, Sabah, suspek bertindak demikian apabila sepupunya meminta anakya yang berusia empat dan lima tahun tidak dikurung dalam bilik.
Suspek naik berang lalu mengugut anak-anaknya dengan mengacukan pedang samurai ke leher mereka selain menyalakan api untuk membakar bilik tersebut.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M. Chandra berkata, pengadu kemudian menghubungi polis yang kemudiannya berjaya memujuk suspek menyerah diri.
Kedua-dua anak suspek bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Pemeriksaan lanjut mendapati suspek positiif dadah jenis syabu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.
Topic Berkaitan
#anak
#bapa
#hari raya
#Kampung Suang Prai
#pedang samurai
#ugut bunuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan