awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pencipta lagu P Ramlee dan Saloma nafi tiru lagu Nidji - "Persamaan mungkin ada tetapi..."
Siti Nurhaliza Ikon Seni Melaka, janji terus martabat lagu tradisi
Smart Tourism Melaka AI, pasport pelancongan perkukuh Tahun Melawat Melaka 2.0
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ugut potong dan bakar kemaluan pelajar, dua guru tahfiz ditahan

Bernama
Bernama
02/09/2018
09:49 MYT
Ugut potong dan bakar kemaluan pelajar, dua guru tahfiz ditahan
Dalam satu siri klip video, suspek dilihat menarik kemaluan kanak-kanak 8 tahun itu sebelum diancam untuk dipotong dengan sebilah gunting pemotong rumput serta dicucuh pemetik api. - Gambar hiasan
Tindakan seorang guru tahfiz wanita mencucuh api dan mengugut untuk memotong kemaluan seorang kanak-kanak lelaki membawa padah apabila dia dan seorang lagi guru lelaki ditahan polis malam semalam.
Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Noor Yusof Ali berkata kedua-duanya yang berusia 43 dan 42 tahun serta dipanggil 'bonda' dan 'walid' tersebut, ditahan pada jam 10 malam di Kampung Selamat di sini, selepas polis menerima laporan daripada bapa kanak-kanak berusia lapan tahun berkenaan.
Pengadu yang berusia 25 tahun itu hanya menyedari anaknya diperlakukan sedemikian selepas menonton satu klip video yang tular menerusi aplikasi WhatsApp petang semalam, katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurut Mohd Noor, klip video berdurasi satu minit 19 saat itu memaparkan guru tersebut menarik kemaluan anak pengadu sebelum diancam untuk dipotong dengan sebilah gunting pemotong rumput serta dicucuh pemetik api.
Malah, dua lagi klip video masing-masing berdurasi 25 saat dan 56 saat, turut memaparkan mangsa dipukul dengan rotan oleh guru wanita dan lelaki tersebut kerana didakwa mencuri makanan.
"Bapa mangsa telah dihubungi suspek yang menerangkan tindakan dilakukan adalah satu proses pembelajaran kerana mendakwa mangsa melakukan kesalahan kencing berdiri, mencuri barang kawan mangsa dan tidak mencuci selepas buang air besar," katanya.
Mohd Noor berkata, pengadu yang berang dan kesal dengan tindakan kedua-dua guru tahfiz berkenaan bertindak membuat laporan polis.
Katanya, difahamkan mangsa sebelum itu bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Rangin namun telah dihantar ke sekolah tahfiz berkenaan oleh bapanya setelah didapati kurang menunjukkan minat terhadap pelajaran.
"Mangsa yang mengadu sakit di bahagian punggung telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan bagi tujuan pemeriksaan dan kes kini disiasat menurut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya. -- Bernama
Topic Berkaitan
#dera kanak-kanak
#dera pelajar
#guru tahfiz
#kemaluan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan