awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jawatankuasa khas selaras pengurusan hal ehwal bukan Islam ditubuh di semua negeri
Lanjutan kontrak MotoGP Malaysia dijangka diketahui bulan ini - CEO SIC
Penyokong sentiasa berada dengan pasukan - CEO Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ugutan rogol: Polis panggil pelajar tingkatan 2 untuk rekod keterangan

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
17/12/2023
23:15 MYT
Ugutan rogol: Polis panggil pelajar tingkatan 2 untuk rekod keterangan
Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang berusia 14 tahun pada Jumaat lalu. - Foto fail/IPD Shah Alam
SHAH ALAM: Polis akan memanggil seorang pelajar tingkatan dua sebuah sekolah di Shah Alam untuk direkodkan keterangan berhubung ugutan rogol ke atas pelajar perempuan di sekolah yang sama.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang berusia 14 tahun pada Jumaat lalu.
Dalam laporan itu katanya, pelajar itu memaklumkan dia diugut rogol dan dipukul di bahagian dada oleh suspek yang dikenalinya itu.
"Mangsa pada ketika ini sedang mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi kecederaan yang dialaminya," katanya dalam kenyataan di sini, pada Ahad.
Mohd Iqbal menambah, kes itu disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak.
Jika sabit bersalah, suspek boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.
Sebelum ini tular dalam media sosial mengenai perkongsian seorang lelaki bahawa anaknya diugut rogol oleh seorang pelajar lelaki dari sekolah yang sama.
Malah lelaki itu menyifatkan perkataan rogol dan bunuh bukan bahan gurauan atau ancaman di mana-mana tempat sekalipun termasuk di sekolah.
Lelaki itu mendakwa, apabila kes itu dibawa ke pengetahuan pihak pentadbiran, guru memaklumkan pelajar lelaki itu adalah autism dan banyak laporan diterima berkait isu sama sebelum ini.
Topic Berkaitan
#ugutan rogol
#pelajar sekolah
#direkodkan keterangan
#Kementerian Pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan