awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UiTM bakal terima 10 peranti satelit Starlink tingkat kualiti internet - Fahmi

Bernama
Bernama
23/07/2023
22:30 MYT
UiTM bakal terima 10 peranti satelit Starlink tingkat kualiti internet - Fahmi
Universiti Teknologi MARA bakal menerima 10 peranti satelit Starlink dalam usaha kerajaan mempertingkat kualiti perkhidmatan Internet di kampus cawangannya. - Gambar fail
SHAH ALAM: Universiti Teknologi MARA (UiTM) bakal menerima 10 peranti satelit Starlink dalam usaha kerajaan mempertingkat kualiti perkhidmatan Internet di kampus cawangannya, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
Beliau berkata, berdasarkan penelitian pihaknya, antara cawangan yang berpotensi menerima peranti itu dalam masa terdekat ialah kampus Kuala Pilah di Negeri Sembilan susulan perbincangan bersama Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr Roziah Janor.
“Bila Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sebut tentang penyelesaian Internet dengan menggunakan Starlink, saya percaya bagi UiTM, ada beberapa kampusnya yang mungkin boleh memanfaatkan penggunaan peranti ini terutama di Kuala Pilah, Perak, Tawau dan Sarawak.
“Saya harap dalam minggu ini, kita akan terima sekurang-kurangnya 10 unit Starlink dan saya akan bincang dengan Pejabat Perdana Menteri untuk proses penyerahan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau capaian Internet di UiTM Shah Alam pada Ahad.
Menerusi catatan di laman Facebook pada Khamis lepas, Fahmi memaklumkan, Starlink akan memulakan perkhidmatan menyediakan Internet di institut pengajian tinggi (IPT) dan sekolah terlebih dahulu sebagaimana yang diumumkan oleh Anwar sebelum ini.
Pada 15 Julai lepas, Perdana Menteri berkata, kerajaan bercadang menggunakan 40 peranti satelit Starlink di IPT untuk menaik taraf kemudahan capaian Internet agar lebih luas dan pantas di kampus bagi memudahkan proses pembelajaran.
Anwar berkata, perkara itu tercetus hasil persidangan video secara maya dengan Ketua Pegawai Eksekutif SpaceX Elon Musk baru-baru ini. - Bernama
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#IPT
#Universiti Teknologi MARA
#satelit Starlink
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan