awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UiTM Holdings: KPT tunggu siasatan SPRM selesai sebelum ambil tindakan

Bernama
Bernama
11/02/2023
06:09 MYT
UiTM Holdings: KPT tunggu siasatan SPRM selesai sebelum ambil tindakan
Mohamed Khaled berkata SPRM diharap dapat menyegerakan siasatan berhubung dakwaan ketidakcekapan dan ketirisan dalam pengurusan syarikat pegangan pelaburan milik penuh UiTM itu. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Kementerian Pendidikan Tinggi akan menunggu laporan hasil siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan sehingga mengakibatkan UiTM Holdings Sdn Bhd mengalami kerugian mencecah RM157 juta, sebelum mengambil tindakan lanjut.
Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata SPRM diharap dapat menyegerakan siasatan berhubung dakwaan ketidakcekapan dan ketirisan dalam pengurusan syarikat pegangan pelaburan milik penuh Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu.
"(Mengenai dakwaan penyelewengan) UiTM Holdings itu, memang saya mengharapkan siasatan SPRM dapat disegerakan supaya saya sendiri pun tahu apa yang berlaku," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Jahitan Komuniti Tasek 64 di Bandar Seri Alam, di sini, hari ini.
Semalam, media melaporkan SPRM sedang menyiasat dakwaan penyelewengan UiTM Holdings, yang turut melibatkan dana dan beberapa pelaburan yang dibuat syarikat itu sehingga melibatkan kerugian jutaan ringgit.
Selasa lepas, UiTM Holdings dilaporkan rugi RM157 juta yang didakwa berdasarkan kepada kiraan kerugian sebelum cukai terkumpul selama empat tahun iaitu bagi 2017, 2018, 2019 dan 2021.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan Tinggi
#polis
#UiTM Holdings
#syarikat kerugian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan