MACHANG: Selari dengan saranan kerajaan menangani krisis ketidakcukupan makanan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kelantan membuka lembaran baharu apabila menggunakan sistem iMistroom 2000 iaitu rumah cendawan pintar modular yang pertama di Malaysia untuk menghasilkan cendawan tiram putih di kampus Machang.
Pensyarah Teknologi Maklumat merangkap ahli kumpulan penyelidik cendawan Internet benda (IoT) Dr Syerina Azlin Md Nasir berkata kaedah iMistroom dan IoT yang dibangunkan ini bukan sahaja dapat meningkatkan pengeluaran tanaman cendawan hingga dua kali ganda berbanding kaedah biasa, malah membantu mahasiswa dan komuniti setempat menjana pendapatan untuk meningkatkan taraf hidup mereka.
"Rumah cendawan kontemporari yang menggabungkan sistem IoT ini dapat memberi kawalan alam sekitar yang lebih inklusif, reka bentuk dan pemilihan bahan binaan dengan kos yang efektif serta proses penyelenggaraan yang lebih mudah.
"Inkubator ini juga dapat memberi peluang kepada mahasiswa dan golongan B40 mendapat kemahiran serta tunjuk ajar daripada kami untuk memulakan perniagaan berasaskan cendawan tiram putih," katanya kepada pemberita di UiTM Kampus Machang, di sini hari ini.
Beliau berkata berkata sebanyak 2,000 bongkah cendawan tiram putih boleh ditempatkan di dalam inkubator itu dengan setiap bongkah boleh menghasilkan lima hingga enam kali tuaian dan maksimum lima kilogram sehari bagi 1,000 bongkah.
"Selain kita ingin menjana pendapatan mahasiswa dan komuniti setempat, perkara penting yang ingin kami terapkan ialah bagaimana cara pemindahan ilmu itu berlaku kerana daripada ilmu yang diberikan ini ia akan melahirkan lebih ramai usahawan cendawan tiram putih yang permintaannya sangat tinggi di pasaran ketika ini," katanya.
Sementara itu, pelajar tahun akhir Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Pemasaran UiTM Machang yang juga perintis projek itu, Wan Muhammad Syukri Wan Norjik, 25, berkata sistem iMistroom 2000 boleh dipantau dan dikawal dari jarak jauh kerana dilengkapi pad penyejuk bagi menjaga suhu pada kadar yg sesuai dan lampu ultralembayung yang berfungsi untuk menggalakkan pertumbuhan dan pembesaran cendawan.
"Selain itu, sistem yang dipasang ini juga dapat memantau kelembapan antara 85 hingga 95 peratus dan suhu antara 23 hingga 30 darjah Celcius sekali gus dapat meningkatkan kualiti hasil cendawan sebagaimana yang disyorkan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)," katanya.
Wan Muhammad Syukri yang turut mengusahakan perniagaan cendawan tiram kelabu secara konvensional di rumahnya dengan hasil jualan mencecah sekitar RM10,000 sebulan turut berharap agar lebih ramai mahasiswa dan golongan B40 menceburi perniagaan berkenaan kerana hasilnya sangat lumayan sekali gus dapat meningkatkan keterjaminan makanan negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 01 2023
Pembantu Kemahiran kanan Mohd Rosli Ismail memetik cendawan tiram putih di dalam inkubator iMistroom 2000, di UiTM Cawangan Kelantan, Machang. --fotoBERNAMA
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
UiTM Machang guna iMistroom 2000 bantu mahasiswa hasil cendawan tiram putih
Kaedah iMistroom dan IoT ini dapat membantu mahasiswa dan komuniti setempat menjana pendapatan bagi meningkatkan taraf hidup.