awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
China laksana hukuman mati terhadap empat lagi anggota mafia Myanmar
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UKM, MPOGCF meterai MoA kukuh penyelidikan konflik manusia dan hidupan liar

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
20/09/2023
14:20 MYT
UKM, MPOGCF meterai MoA kukuh penyelidikan konflik manusia dan hidupan liar
Pemeteraian MoA ini disempurnakan oleh Prof Datuk Dr Roslee Rajikan yang mewakili UKM, manakala MPOGCF diwakili oleh Hairulazim Mahmud. Gambar Ihsan UKM
KUALA LUMPUR : Kerjasama yang terjalin antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit (MPOGCF) menerusi memorandum perjanjian kerjasama (MoA) pada Selasa bakal memperkukuh penyelidikan konflik manusia dan hidupan liar di negara ini.
Dalam satu kenyataan, kerjasama antara dua pihak ini akan membolehkan projek penyelidikan khusus sekali gus melibatkan konflik manusia dan hidupan liar di ladang kelapa sawit di negara ini dilaksanakan.
Pro Naib Canselor Strategi dan Pembangunan Korporat, Prof. Datuk Dr Roslee Rajikan berkata dengan kepakaran penyelidik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK UKM) beliau yakin MoA itu akan dapat memacu solusi terhadap konflik manusia-hidupan liar di Malaysia sekali gus membawa perspektif positif terhadap keseimbangan ekosistem pemuliharaan dan mengurangkan risiko serangan hidupan liar.
"Cabaran kewujudan bersama manusia-hidupan liar juga dapat dianalisis selain mewujudkan kaedah perladangan mesra hidupan liar dalam meminimumkan konflik yang wujud.
"...dengan peningkatan kawasan tanaman sawit saban hari, pengumpulan maklumat biodiversiti yang lengkap memainkan peranan penting bagi pengurusan konflik ini dalam memperkasakan komuniti yang bersedia mengurus mitigasi dan perlindungan terhadap serangan hidupan liar," katanya.
Tambah beliau, kesan hidupan liar termasuk kehilangan tanaman, kemusnahan ternakan, kehilangan nyawa dan kecederaan serta gangguan sosial memerlukan solusi secara holistik dan sokongan daripada agensi Kerajaan, NGO dan sektor swasta.
Selain itu, Ketua Kumpulan Penyelidikan, Prof. Madya Dr. Azlan Abas juga menyatakan kajian ini merupakan antara usaha awal untuk menjayakan kajian dikenali 'The Human-Wildlife Coexistence Initiative'.
Setakat ini, MPOGCF telah mengadakan empat kerjasama dengan tiga universiti tempatan iaitu UKM, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang melibatkan kajian-kajian biodiversiti di ladang-ladang sawit dan hidupan liar.
Pemeteraian MoA itu disempurnakan oleh Prof Datuk Dr Roslee Rajikan yang mewakili UKM, manakala MPOGCF diwakili oleh Hairulazim Mahmud dan disaksikan Ahli Lembaga Pemegang Amanah MPOGCF, Datuk Abdul Rashid Idris serta Dekan FSSK, Prof Kadaruddin Aiyub.
Topic Berkaitan
#UKM
#MPOGCF
#MOA
#konflik manusia dan haiwan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan